Detik melahirkan adalah saat yang paling ditunggu-tunggu oleh pasangan suami isteri selepas 9 bulan 10 hari mengandung.
Setiap orang mempunyai pengalaman yang berbeza sewaktu melahirkan dan ianya merupakan satu pengorbanan hebat daripada seseorang yang bergelar ‘ibu’.
Terbaru, tular tentang seorang wanita yang melahirkan cahaya matanya ketika kandungannya berusia 38 minggu di Pusat Perubatan Bammer Thunderbird di Glendale, Arizona, 4 Oktober lalu.
Namun apa yang membuatkan netizen ‘tercengang’ adalah berat bayi lelaki pasangan suami isteri ini mencecah 6.4 Kilogram (kg).
Memetik laporan Fox News, Finnley kini sudah boleh memakai pakaian untuk individu berumur enam hingga sembilan bulan disebabkan bayi itu bersaiz besar.
Dalam masa yang sama, keluarganya juga perlu membeli lampin dan pakaian yang lebih besar untuknya
Pada awalnya, Doktor hanya menjangkakan bayi itu mempunyai berat kira-kira lima kg sahaja namun rupa-rupanya beratnya melebihi enam kg dan melebihi berat purata bayi baru lahir iaitu antara tiga hingga 3.6 kg.
“Air ketuban saya pecah ketika kandungan semakin berat, jadi pembedahan diawalkan sehari,” jelas Cary
Dia juga mengakui bahawa semua orang melihat kejadian itu panik dan tidak percaya kerana bayi itu terlalu besar dan gemuk seperti anak patung beruangnya.
“Semua orang panik seperti saya kerana tidak pernah melihat bayi yang besar dan saya tidak boleh mempercayainya. Begitu sempurna dan bulat dan cukup sifat. Dia seperti anak patung beruang kecil saya,” kata Cary.
Mengulas lanjut, Finnley merupakan anak ketiga dan dua lagi anak mereka, Devlen, 10, dan Everett, 2, juga dilahirkan menerusi pembedahan.
Cary and Tim Patonai welcomed their newborn son Finnley earlier this month, and he weighed 14.1 pounds.
Bayi comel itu perlu berada di Unit Rawatan Rapi Neonatal (NICU) selama lapan hari, sebelum dia dibenarkan pulang ke rumah.
Cary turut memaklumkan dia dapat mengunjungi Finnley dan menjaganya semasa dia dimasukkan ke Thunderbird Banner.
Walaupun sedikit penat, namun kerana saiz cahaya matanya terlalu besar namun Cary menyifatkan ianya adalah kenangan berharga yang tidak ternilai.
“Meskipun proses penyembuhan agak lambat tetapi saya melakukannya untuk bayi saya. Setiap kesakitan, darah dan air mata yang menumpahkan,” katanya.