Pernah tak masa kecil dulu anda tersilap pegang atau peluk mak dekat tempat awam? Situasi itu pasti memalukan dan akan kita ingat sampailah ke dewasa. Tetapi, itu semua kenangan semasa kecil yang sangat berharga.
Sama juga dengan kisah yang tular baru-baru ini dimana seorang wanita didatangi seorang kanak-kanak yang menyangka wanita ini adalah ibunya mencuri perhatian ramai.
Menerusi sebuah video yang dimuat naik oleh seorang pengguna TikTok iaitu @sheerazack10, kelihatan seorang wanita K tanda yang sedang mendukung kanak-kanak itu semasa dirakamkan.
Jika sekli imbas pasti kita akan menyangka bahawa mereka merupakan dua beranak dekkerana gaya mesra yang spontan itu.
Namun siapa sangka, kanak-kanak itu sudah tersalah orang dan menyangka wanita itu adalah ibunya bahkan menurut ibunya dia bukanlah seorang kanak-kanak yang mesra dengan orang yang tidak dikenali dan dia juga hairan mengapa anaknya boleh mesra dengan wanita itu. Rupa-rupanya anaknya sudah tersalah ‘mommy”!
Kanak-kanak itu menyedari bahawa dia didukung oleh ‘stranger’ setelah ibunya menegur anaknya itu yang kemudian kelihatan keliru melihat kedua-duanya.
Setelah tersedar bahawa dia sudah tersalah orang, kanak-kanak itu bergegas turun dan kembali semula kepada ibunya. Situasi tersebut nyata membuatkan mereka terhibur dengan telatah anaknya itu.
“anakku boleh buat salah mommy plak..nohhhhhh jemm..klau kakak tu ade tiktok mohon tag die heheheh sorry aunty” katanya diruangan kapsyen.
Video yang tular di laman TikTok:
Ketika artikel ini ditulis, video tersebut telah meraih 1.2M tontonan, 119.2K tanda suka, 622 komen dan 507 perkongsian di applikasi TikTok.
Meninjau di ruangn komen, rata-rata warga netizen terhibur melihat telatah anaknya yang selamba sahaja minta didukung oleh orang yang tidak dikenali kerana menyangka itu adalah ibunya.
Dalam masa yang sama, ada juga para netizen yang berkongsi pengalaman yang sama dimana anak mereka juga pernah tersalah orang dan menyangka ianya adalah penjaga mereka kerana rupa dan bentuk badan yang lebih kurang sama.
Bukan itu sahaja, warganet juga berseloroh mengatakan bahawa mujur hanya kanak-kanak itu sahaja yang tersalah mak dan bukan ayahnya sekali.
Antara komen warga maya: