Kehadiran cahaya mata bukan sahaja melengkapkan lagi rumah tangga yang dibina malah ianya juga memberikan keceriaan dalam kehidupan pasangan suami isteri.
Manakan tidak, anak kecil sememangnya tidak lari dengan gelagat lucu mereka. Ada sahaja yang hendak dibuat nya. Senang kata, hilang penat seharian bekerja apabila melihat telatah mereka.
Terdahulu, tular seorang ibu menghitamkan mata anaknya menggunakan alat solek kerana ingin menakutkan anaknya agar tidak terlalu menggunakan gadget.
Namun lain pula ceritanya dengan kisah yang tular baru-baru ini dimana seorang wanita membuat video untuk menakutkan anaknya yang ingin diriba di tempat duduk bahagian depan kenderaan mencuri perhatian ramai.
Menerusi video yang dimuat naik olehnya di laman TikTok @risalizah, difahamkan dia membuat video dan meminta orang ramai membuat laporan polis kerana ada seorang budak ingin duduk di tempat yang tidak sepatutnya.
Anaknya yang takut terus bangun dan duduk di tempat duduk bahagian belakang lalu wanita itu mengatakan agar orang ramai membatalkan niat untuk membuat laporan polis kerana anaknya telah pun berada di tempat duduk belakang.
“Kalau suruh direct dia taknak duduk belakang, bila kita acah2 buat live suruh orang report baru berganjak ke belakang” ujarnya
Bukan hanya budak itu sahaja yang takut bahkan abangnya yang berada di belakang terus ‘behave’ dan duduk dengan diam.
Video yang tular di laman TikTok:
Meninjau di ruangan tiktok, rata-rata warga netizen terhibur dengan gelagat wanita ini yang sakan mengusik anaknya.
“samalah anak kita sis.. bayangkan 5 orang semua di depan.. memang umi call polis..”- Netizen
Bukan itu sahaja malah netizen juga tidak dapat menahan ketawa melihat muka cuak anaknya yang terus beralih ke tempat duduk belakang.
Antara komen warga maya:
“kuasa viral.. budak2 pun takut..”
“hahahaha bijak cara halus ni..”
“macam anak saya.. nanti saya nak buat macam ni kat dia..”
“kena balik la pula tadi dah sampai dah balai polis”