Connect with us

Viral

Anak ‘Sidai’ Ayah Ketika Dijemput Pulang, Siap Lepak Macam Dekat Kedai Mamak Buat Ramai Terhibur

Anak-anak sememangnya mempunyai perangainya yang tersendiri dan ada kala nya apa yang dilakukan itu langsung tak tercapai dek akal membuatkan para ibu bapa tak kering gusi di buatnya.

Dalam fasa membesar, anak-anak ini akan meniru apa yang dilakukan oleh penjaganya. Bagaimana acuan, begitulah kuihnya.

Persis kisah yang tular baru-baru ini dimana seorang anak selamba lepak di kantin bersama rakan-rakannya walaupun tahu ayahnya sedang menunggunya mencuri perhatian ramai.

Menerusi video yang dimuat naik oleh seorang pengguna TikTok iaitu @armsemock_1, kelihatan seorang ayah sedang menunggu anaknya pulang daripada sekolah.

Namun apa yang membuatkan ramai terhibur adalah, si anak santai minum di kantin seolah-olah sedang berada pada waktu rehat.

Lebih membuatkan ramai tidak kering gusi adalah dia lepak bersama rakannya seperti berada di kedai mamak.

“Masalahnya tahu tak sekarang waktu balik, bukan waktu rehat, aku tunggu kat sini dia boleh berbual dengan kawan dia, santai-santai.. Aisy cepat lah Aisy, ni bukan kedai mamak..” ujar ayahnya

Video yang tular di laman TikTok:

@armsemock_1 Aisy buat hal lagi 🤣 #armsemock #buatbaik #baikdibalasbaik #buatbaikallahsayang😉 #sebarkankebaikan #sayanganak #sayanganakistri #viral #esekile #ditaja ♬ original sound – Armsemock_1

Meninjau di ruangan komen, rata-rata warga netizen terhibur dengan gelagat budak lelaki tersebut yang boleh lepak minum bersama rakan walaupun tahu ayahnya datang menjemputnya.

Dalam masa yang sama, ramai yang berseloroh mengatakan mungkin ayahnya pernah buat begitu kepada budak lelaki tersebut atau menjemputnya lewat dan menyebabkan Aisy ‘balas dendam’. Mana tumpahnya kuah kalau tidak ke nasi bukan?

Dalam masa yang sama, ada juga netizen berkongsi pengalaman yang sama sewaktu menjemput anak masing-masing bahkan perlu menunggu lebih lama.

Berikut merupakan komen warga maya:

“ini mesti abang pernah sidai dia ni.. kiranya dia balas balik lah tu..”

“tak tumpah kuah kalau tak ke nasi bang..”

“sama dengan anak saya, jenuh tunggu dia keluar dari kantin.. akak dia siap cakap adik tengah membawang dengan kawan2 dekat kantin..”


Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.