Permainan lato-lato kini kembali menjadi fenomena. Manakan tidak, ramai yang bermain lato-lato tidak mengira tempat dan umur malah ada yang sehingga mengadakan pertandingan lato-lato.
Pun begitu, beberapa hari lalu pernah tular dimana permainan ini dapat mengundang bahaya kepada pemain itu sendiri seperti bebola tersebut terlepas daripada tali dan terkena di bahagian muka bahkan ada yang sehingga timbul benjol dikepala.
Tidak cukup dengan itu ada juga cermin kenderaan orang awam yang pecah dek kerana lato-lato sehingga ada dikalangan masyarakat yang meminta agar perminan ini diharamkan di Malaysia kerana lebih banyak buruk dari baiknya.
Jadi tidak hairanlah jika ada ibu bapa yang melarang anak mereka bermain lato-lato agar tiada perkara buruk berlaku.
Seperti kisah yang tular baru-baru ini dimana seorang ibu geram dengan anaknya yang sering bermain lato-lato sehinggakan mempunyai cara tersendiri untuk membuat anaknya berhenti bermain permainan itu.
Menerusi sebuah video yang dimuat naik oleh seorang pengguna TikTok iaitu @iendaazlina, elihatan seorang wanita sedang berada di dalam kereta di luar kawasan rumahnya.
Dia kemudian terjumpa dengan kereta polis di situ dan sengaja mengusiknya dengan memberitahu anak perempuannya itu suka bermain lato-lato dan menyuruh agar pihak polis mengambil tindakan.
Apa yang membuatkan ramai terhibur adalah anaknya terus menangis dan memaklumkan pada ibunya dia tidak mahu bermain lato-lato malah berjanji akan membuang permainan tersebut.
Meninjau di ruangan komen, rata-rata warga netizen terhibur dengan gelagat si ibu yang sakan menyakat anaknya sehingga takut untuk bermain lato-lato.
Bukan itu sahaja, netizen juga sempat berseloroh meminta agar ibunya turut ditangkap kerana membelikan anaknya lato-lato.
Antara komen wargamaya:
“Amik mak dia sekali encik.. sebab mak dia yang beli lato-lato tu..”
“Macam2 kerja polis sebenarnya..”
“Hahaha kesiannya dia, tapi kakak terhibur tengok awak dik..”
“Simpan video untuk rujukan adik 10 tahun akan datang..”
Video yang tular di laman TikTok: