Connect with us

Selebriti

Anak Sulung Pegang ‘Double Degree’, Che Ta Luah Rasa Syukur Pengorbanan Berbaloi

Seperti yang kita tahu sebelum ini tular dimana pelakon serta usahawan terkenal Rozita Che Wan telah mengucapkan rasa bangga dan syukur dengan kejayaan anak keduanya, Aniq Ezra yang mengenggam ijazah saujana muda daripada Taylor’s University.

Iospital phone repair gombak
Terbaru, Rozita Che Wan atau lebih mesra disapa Che Ta sekali lagi meluahkan kesyukuran apabila anak sulungnya Ammar Effendy juga berjaya menamatkan pengajian dengan keputusan cemerlang di Universiti yang sama.

Menerusi hantaran yang dimuat naik olehnya di laman Instagram, memaparkan beberapa keping foto sewaktu majlis konvokesyen berkenaan serta coretan sewaktu dirinya bergelar ‘single mom’ untuk melihat anaknya berjaya.

“Allhamdulillah syukur, Allah bagi saya anak-anak yang cerdik dan mudah untuk saya bela. 12 tahun masa jadi ibu tunggal dalam kepala otak cuma ada azam nak besarkan anak-anak dan bagi terbaik saja untuk mereka. Tak ada langsung fikir untuk diri sendiri,” katanya.

Selain daripada itu, Che Ta juga mengimbau kembali kenangan ketika membesarkan anak-anaknya apabila turut berdepan dengan cabaran berkaitan kewangan dan tiada pendapatan tetap untuk membayar yuran pengajian namun urusannya masih dipermudahkan.

“Mereka dapat masuk MRSM, selepas itu upgrade masuk KYS kemudian dapat Straight A’s, masuk Taylor University. Untuk kami yang pendapatan tidak tetap masa tu nak bayar yuran KYS perghhhh mencanak jugalah cari duit! Tapi Allah permudahkan segalanya…”

“Hari ini syukur Ammar Effendy pula grad! Double degree dalam tangan,” tulisnya di ruangan kapsyen.

Meninjau di ruangan komen, rata-rata warganet mengucapkan ucapan tahniah kepada anak sulung Che Ta yang berjaya memegang ‘double degree’ .

Bukan itu sahaja, ada yang turut meluahkan rasa kagum dengan pelakon itu kerana menjadi seorang ibu yang hebat serta bertanggungjawab untuk melihat anak-anaknya berjaya semasa bergelar ibu tunggal.

Antara komen warga maya:

“happy for you dear…anak-anak uols memang baik, pandai, dan beradab..”


“tahniah kerana menjadi ibu yang baik dan bertanggungjawab…sekarang terhasil lah penat penat lelah menjaga anak seorang diri…”

“tahniah che ta…mak-mak ni hanya pikiaq pasai anak-anak ja..tak mau depan susah lebih-lebih lagi hidup zaman lah ni…”

“tahniah che ta jadi ibu yang hebat..”

Perkongsian yang tular di laman Instagram:

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Rozita Che Wan (@rozitachewan1)

Continue Reading
Advertisement