Connect with us

Selebriti

Anak Tak Dihantar Belajar di Sekolah, Suhaimi Saad Ajak Anak & Isteri Buat Kumpulan Nasyid

Walaupun mempunyai pendirian untuk tidak menghantar anak-anak mengikuti sistem pendidikan formal di sekolah, penyanyi Suhaimi Saad nampaknya mempunyai perancangan tersendiri buat masa depan anak-anaknya itu.

Terbaru, menerusi perkongsian di laman Instagram, Suhaimi, 41, memaklumkan dia mengajak kesemua anaknya itu untuk mengikuti jejak langkahnya sebagai penyanyi.

Malah, bekas anggota In-Team itu bakal tampil dengan sebuah kumpulan nasyid baharu yang dianggotai oleh empat orang anaknya termasuk isteri, Ina Naim.

Suhaimi berkata, kumpulan nasyid yang menampilkan anak-beranak itu diberi nama sebagai Bismillah.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Suhaimi Saad (@mosusofficial)

“Bismillah. Kami sedang menyiapkan sebuah album gandingan suara Suhaimi Saad,Ina Naim dan anak anak.

“Album kumpulan Bismillah ini akan diterbitkan pada awal Ramadan depan. Insya-Allah,” katanya menerusi satu entri di Instagram.

Terdahulu, menerusi beberapa hantaran berasingan, Suhaimi turut berkongsi proses rakaman lagu yang sudah mula dilakukan sejak awal bulan ini.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Suhaimi Saad (@mosusofficial)

Bahkan, katanya, dengan penubuhan kumpulan tersebut, secara tidak langsung menjadi detik kemunculan semula Ina Naim yang sebelum ini pernah muncul dengan album Duhai Hati pada 2015.

“Ina Naim is comeback,” tulisnya.

Terdahulu  Suhaimi pernah dikecam ramai setelah berkongsi cerita di laman Facebook mengenai keputusannya untuk membuang ubat yang diperolehi dari sebuah hospital kerajaan.

Namun beitu Suhaimi menafikan tuduhan bahawa dia anti hospital dan menganggap isu itu sengaja diperbesarkan oleh individu tidak bertanggungjawab.

“Saya hanya berkongsi pengalaman sahaja, bukannya saya berbangga buang ubat ataupun berniat nak hina pihak hospital.

“Tapi mungkin kesilapan saya berkongsi perkara itu di Facebook sehingga disalah tafsir oleh orang ramai. Kalau doktor itu ikhas, boleh saja hubungi saya secara peribadi, bukannya buat surat terbuka,” ujar Suhaimi.

Pasangan tersebut yang berkahwin pada Ogos 2007 dikurniakan empat cahaya mata, Ehmad Hadie El Fardie, 13, Sallman El Khoyri, 11, Phyrosh El Fadwah, 9, dan Nurlayla El Ghufrony, 7.

Difahamkan kesemua anak pasangan tersebut menerima pendidikan menerusi home schooling yang mana Suhaimi dan Ina bertindak sebagai pengajar.

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.