Connect with us

Semasa

Anak Temui Ajal Dihempap Pokok Kelapa, Bapa Syukur Sempat Tunaikan Hajat Nak Makan Pizza

Jodoh ajal maut semuanya di di tangan Tuhan, tidak lewat sesaat bahkan tidak cepat sesaat namun sebagai hamba, kita perlu redha dengan segala ketentuan dan terima dengan hati yang terbuka.

Iospital phone repair gombak

Benar kata orang, rindu yang paling sakit dan dalam adalah rindu kepada orang yang telah pun pergi ke negara abadi. Bagaimanapun, setiap yang hidup pasti akan merasai mati.

Seperti kisah yang tular baru-baru ini dimana seorang remaja perempuan maut selepas dihempap sebatang pokok sebesar tiga pemeluk setinggi bangunan tiga tingkat ketika bermain di Taman Permainan Balok Baru Beserah, Kuantan, Pahang undang sebak ramai.

Memetik laporan, mangsa dikenali Aliya Zahra Mohamad Hasnizam, 14, terkorban sewaktu menyelamatkan adiknya yang berusia sembilan tahun sebelum pokok berkenaan menimpa dirinya.

“Berdasarkan temubual dengan adik mangsa, ketika sedang bermain tiba-tiba terdengar bunyi pokok hendak patah dan mangsa menarik adiknya keluar dari lokasi kejadian.”

“Mangsa tidak sempat menyelamatkan diri dan terkena dahan pokok yang tumbang,”katanya.

Wan Mohd Zahari Wan Busu yang juga merupakan Ketua Polis Daerah Kuantan Asisten Komisioner memaklumkan tragedi tersebut berlaku ketika mangsa bermain dengan adiknya di taman permainan itu ketika mengikut bapanya yang menjual burger di kawasan berhampiran.

Mangsa dibawa ke hospital dan menghembuskan nafas terakhirnya ketika menerima rawatan di Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA) Kuantan.

Bapanya yang dikenali sebagai Mohamad Hasnizam Manan, 45, akui sedih dengan nasib yang menimpa keluarganya namun lebih memilih untuk redha dengan segala ketentuan.

Dalam masa yang sama, dia juga sempat meluahkan kesyukuran kerana sempat menunaikan permintaan anaknya.

“Tiada tanda pelik yang ditunjukkan tetapi sebelum kejadian arwah ada minta membawanya ke kedai kerana ingin membeli barang keperluan diri dan meminta saya bawanya makan pizza… kebetulan saya sempat tunaikan semua permintaannya,”ceritanya.

Bercerita tentang kejadian yang menimpa anaknya, isterinya, Maznah Abdul Ghani, 36 pada ketika itu sedang melayan pelanggan di gerai burger sebelum bergegas ke lokasi kejadian kerana ramai yang memanggilnya.

Melihat keadaan anaknya pada ketika itu, ianya seakan tidak menunjukkan terdapat kecederaan serius tetapi hanya mengalami pendarahan di hidung susulan dihempap bahagian hujung pokok.

Sekadar info, Kes tersebut diklasifikasikan sebagai mati mengejut dan mangsa mengalami kecederaan parah di bahagian kepala.

Continue Reading
Advertisement