Connect with us

Semasa

Anak Terlantar Stroks, Warga Emas Kerja Cleaner Untuk Sara Diri dan Kos Rawatan

Berat mata memandang, berat lagi bahu yang memikul. Itulah yang terpaksa dilalui oleh seorang warga emas yang dikenali sebagai Jamal bin Madar.

Pak jamal memerlukan bantuan untuk anaknya yang kini terlantar kerana stroks yang menyebabkannya lummpuh.

Bantuan kewangan diperlukannya untuk membeli keperluan anaknya, Sukri selepas keluar dari wad hospital nanti.

Menurut perkongsian di Facebook Penang Kini, Pak Jamal kini bekerja sebagai tukang cuci untuk menyara dirinya dan anak.

Lebih menyedihkan, isteri dan anak perempuannya telah meninggaldunia disebabkan perkara yang sama.

Kini Pak Jamal hanya tinggal berdua bersama Sukri di flat PPR Taman Manggis.

Admin mohon warga Penang yang prihatin tolong bantu Mamu Jamal ni yang memerlukan bantuan untuk anaknya yang disrang sakitt brain stroks (lumpuuh). Sekarang berada di GH wad C6

Pakcik ni duk flat PPR Taman Manggis. Dia perlukan bantuan kewangan untuk beli barangan keperluan anaknya sebab lepas discaj hospital kena tanggung perbelanjaan sendiri.

Buat masa la ni Pakcik terpaksa keja Cleaner sebab nk kena sara anak dia saja. Pakcik pun tak kuat umur lebih 70 an.

Lebih memilukan lagi, isteri dan Anak perempuan dia meningal sebab sakiit yg sama. la ni pakcik tinggal dengan anak laki ni saja.

Butiran mengenai Pak Jamal untuk anda menyalurkan bantuan adalah seperti berikut:


Semoga segala urusan Pak Jamal dan anaknya Sukri sentiasa dipermudahkan oleh Allah.

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.