Seorang insan bergelar bapa sanggup berjuang apa sahaja buat keluarga tercintanya. Selain berhempas pulas mencari rezeki yang halal, dia juga akan lakukan apa yang termampu untuk melihat isteri dan anak-anaknya bahagia.
Walaupun mempunyai masalah dari segi wang ringgit, bapa tidak akan membiarkan anak mereka merasa kekurangan apatah lagi jika melibatkan kasih sayang.
Seperti kisah yang tular baru-baru ini dimana seorang lelaki terserempak dengan seorang pengawal keselamatan di ruangan rehat mencuri perhatian ramai.
Menerusi video tersebut, dapat kita lihat pengawal keselamatan yang agak berusia itu sedang menikmati makanan tengaharinya.
Selalunya kita lihat pada waktu tengahari pasti ramai yang menikmati sebungkus nasi berlauk tapi bagi pak cik ini, lain pula.
Mungkin mengalami kesempitan kewangan atau tidak mahu menyusahkan keluarga untuk menyediakan bekal, dia hanya mampu menikmati semangkuk Maggi.
Melihat situasi tersebut, lelaki ini akui sebak sekaligus teringat pengorbanan bapa yang sememangnya tidak diketahui oleh anak-anak dan isteri.
Meninjau di ruangan komen, rata-rata warga netizen sedih dan teringat akan ibu bapa masing-masing malah berkongsi pengalaman ketika perlu mengikat perut demi kelangsungan hidup.
Antara komen warga maya:
“Hargai yang masih ada, saya hanya mampu mendoakan mereka”
“Sedihnya.. orang takkan faham.. saya pun kerja kadang2 kena ikat perut.. makan tunggu balik umah sebab kenangkan duit yang ada nak diguna beli susu pampers anak2”
“Auto nangis teringat arwah ayah..”
“Bruuhh my dad pernah beli one pau and devided into 2 pcs so he eat during breakfast and lunch sebab nak jimat..”
Video yang tular di laman TikTok: