Connect with us

Semasa

Anggota Tentera Sanggup Tinggalkan Bayi Baru Lahir & Isteri Dalam Pantang Demi Tugas di Turkiye

Isnin lalu, gempa bumi kuat melanda Turkiye sehingga membawa ribuan nyawa melayang termasuk masa, lokasi, garis sesar yang ‘senyap’ dan cara pembinaan bangunan, kata pakar.

Iospital phone repair gombak

Sebahagian wilayah musnah kerana kekuatannya dan antara gempa bumi terkuat yang melanda Turkiye sejak 1939 serta kerana ia melanda wilayah dengan penduduk yang ramai.

Bencana berkenaan secara tidak langsung meruntun jiwa rakyat Malaysia, malah menghulurkan bantuan, termasuklah pasukan tentera dan penyelamat yang lain.

“Saya bertugas demi Malaysia, keluarga juga sudah merestui. Harapan saya (dapat) pergi dan balik dengan selamat,” kata Cef Tentera Koperal Azizul Muhammad, 31.

Beliau yang baru menimang anak kedua 15 hari lalu antara 41 anggota membabitkan 16 pegawai dan 25 anggota lain-lain pangkat daripada kumpulan terakhir pasukan Hospital Medan Malaysia (HMM) Angkatan Tentera Malaysia (ATM) yang menyertai Operasi Starlight II (Op Starlight II) ke Turkiye untuk membantu mangsa gempa bumi di negara itu.

Beliau ditugaskan untuk bersama di HMM ATM di Turkiye itu untuk penyediaan makanan dan katering.

Isterinya yang masih berpantang, Nur Izzatie Rahim, 35, juru X-ray di Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) sanggup hadir ke Terminal 1, Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), bersama dua anak mereka iaitu Nur Ailis, 4, dan Muhammad Luth Uwais berusia 15 hari.

“Suami baru habis cuti paterniti. Dia diberitahu kena ‘bertugas’, saya ingatkan ‘duty’ biasa dekat kem (tempat Azizul bertugas di Rumah Sakit Angkatan Tentera (RSAT) Kem Perdana Sungai Besi).

“Rupa-rupanya kena terbang sampai ke sana (Turkiye) dan ini adalah tugasan pertama suami di luar negara. Saya berdoa dan berharap suami serta pasukannya yang bertugas di sana balik dengan selamat,” jelasnya.

Pelepasan kumpulan berkenaan disempurnakan Panglima Angkatan Bersama, Leftenan Jeneral Datuk Noor Mohamad Akmar Mohd Dom.

Pakar Bedah Am Hospital Angkatan Tentera Tunku Mizan, Mejar Dr Sivananthan Asokumar berkata, beliau bangga diberikan peluang bertugas untuk membawa nama Malaysia di persada antarabangsa.

“Tugas saya ialah melakukan pemeriksaan terhadap mangsa selepas pasukan mencari dan menyelamat (SAR) menyelamatkan mangsa di tempat kejadian.

“Jika mangsa memerlukan pembedahan kita akan melakukannya untuk cuba menyelamatkan nyawa mereka. Itu sasaran,” katanya.

Beliau yang pernah menyertai misi pengaman selama setahun di Lubnan 10 tahun lalu berkata, ini adalah kali pertama perlu melaksanakan tugas di kawasan gempa bumi teruk.

Bagaimanapun, isterinya Amirtha Rengasamy, 36, serta dua anak mereka Sudharmathy, 9, Sivamathy, 5, semakin memahami tugasnya sebagai doktor merangkap tentera.

Pasukan HMM ATM di Turkiye diketuai Pemerintah Op Starlight II, Brigedier Jeneral Datul Dr Amran Amir Hamzah, keseluruhannya bersama 106 pegawai dan anggota akan melaksanakan misi yang dijangkakan selama enam minggu namun akan dilanjutkan sekiranya perlu.

Video yang tular di laman YouTube

Continue Reading
Advertisement