Buat pengetahuan semua, pihak PLUS telah mengumumkan bakal menawarkan sokongan RFID pada semua plaza tol sekurang-kurangnya satu laluan pada awal tahun 2022.
Sudah pasti ini akan memudahkan lagi orang ramai dan mengurangkan kesesakkan lalu lintas di semua plaza tol.
Namun pun begitu, baru-baru ini tular sebuah video memaparkan seorang pengguna tol merempuh palang tol RFID yang tutup secara tiba-tiba sehingga mengakibatkan beberapa kerosakkan pada bahagian kenderaan mencuri perhatian ramai.
Menerusi video yang dimuat naik oleh @j_cy99, kelihatan pemandu ini memasuki laluan tol RFID, palang telah terbuka dan tertera di skrin menunjukkan bayaran tol telah ditolak.
Bagaimana pun, secara tiba-tiba palang tersbeut tertutup dengan sendiri sewaktu kereta sedang keluar daripada laluan tersebut.
Ekoran kejadian itu, palang menghempap kereta dan berlaku kerosakkan pada bahagian kereta dan apa yang lebih sedih adalah pengguna tol tersebut baru memakai kereta itu 3 minggu.
Berikut merupakan video yang tular di TikTok:
Ketika artikel ini ditulis, video tersebut telah meraih 367.5K tontonan, 6730 tanda suka 326 komen dan 66 perkongsian di TikTok.
Meninjau di ruangan komen, warga netizen menyifatkan dia bernasib baik kerana membuat persediaan awal dengan memasang dashcam yang dapat mengukuhkan lagi bukti bahawa berlaku kerosakkan pada palang di laluan RFID pada ketika itu.
“sensor rosak tu.. kejar sampai dapat!” – Netizen
Dalam masa yang sama, ramai juga diantara para netizen berkongsi pengalaman yang sama dimana merempuh palang yang tertutup secara tiba-tiba di laluan RFID.
Berikut merupakan komen daripada warga maya:
“nasib baik ada camera kalau tak mesti cakap salah kita”
“pernah kena dekat tol bentong.. dah la kereta baru dapat seminggu”
“weh sama! aku kena dekat RFID kesas”
“happened to my friend.. good thing he had the camera on”