Connect with us

Viral

‘Another level’ Selisih Dengan Suami Di Laut China Selatan, Pilot Ini Kongsi Location Di Udara Raih Perhatian Netizen

Sering kali kita lihat di media sosial dimana suami dan isteri terserempak di atas jalan raya malah ada juga yang ditahan pihak berkuasa dalam sekatan jalan raya dan rupa-rupanya suami sendiri yang sedang bertugas.
Iospital phone repair gombak
Ada pula kisah sedih dimana kantoi curang depan mata, bermacam-macam hal kalau nak diceritakan tentang ‘terserempak’.

Namun lain pula ceritanya dengan kisah yang tular baru-baru ini dimana pasangan suami isteri ini terserempak dengan cara yang sangat ‘rare’ mencuri perhatian ramai.

Menerusi video yang dimuat naik oleh seorang pengguna TikTok @mamunirah, difahamkan kedua-dua mereka bekerja sebagai juruterbang.

Namun apa yang lebih menarik adalah, seorang pilot wanita ini apabila dia berkongsi momen berselisih dengan suaminya di atas awan.

Wanita ini membawa kapal terbang dan lalu di laut China selatan dan merakam momentnya berselisih dengan suaminya di udara kerana kebetulan mereka terbang pada waktu dan hari yang sama.


“Bukan hari-hari dapat selisih dengan suami di udara. Safe flight hubby,” katanya.

Meninjau di ruangan komen, rata-rata warga netizen menyifatkan itu merupakan moment yang ‘rare’ malah adajuga yang berseloroh meminta wanita ini menggunakan hon untuk menegur suaminya di udara.

Bukan itu sahaja, ada juga yang bertanya mengapa wanita tersebut tidak membuka tingkat dan memanggil suaminya.

Antara komen warga maya:

“Lain dari lain ni selisih suami atas awan.. selalu atas jalan raya je..”

“Boleh hon ke..”


“Buka jendela la lambai.. saya lau jumpa member tengah jalan memang macam tu…”

“Akak tak buka tingkap ke? saya biasa kalau selisih saya hon then saya panggil ‘b!'”

“Singgah la rnr dulu, kopi2”

“Lain macam dia punya selisih kat atas awan biru..”

“Wow sis another level dia punta terserempak.. selalu terserempak dekat jalan raya je..”

“Bagi high beam kak ada roadblock depan”


Video yang tular di laman TikTok:

@msmunirahBukan hari2 dapat selisih dengan suami di udara. safe flight hubby.

♬ TMC – TMC

Continue Reading
Advertisement