Pendakwah bebas Ustaz Ebit Lew merupakan nama yang tidak asing lagi apabila beliau sering membantu orang ramai yang memerluan bantuan.
Beliau juga sering berkongsi perjalanan hidupnya menerusi laman sosial bersama pengikutnya.
Bahkan, sifat murah hatinya itu juga lebih dapat dilihat dengan pengorbanan yang dilakukan buat ahli keluarganya, khususnya kepada isteri tercinta.
Bila bidadari teringin apa-apa, saya terus tulis atas kertas
Saya niat mesti tunaikan cita-citanya
Menurut Ebit, sebagai suami, dia akan berusaha untuk memenuhi segala permintaan dan keinginan orang rumahnya yang dianggap sebagai bidadari.
“Dulukan bila bidadari saya sebut teringin apa-apa. Saya terus ingat kadang saya tulis dekat kertas”.
“Saya niat mesti tunaikan cita-citanya. Walau dia cuma pandang. Sebab bidadari saya susah nak minta apa-apa. Senyap-senyap saya hadiahkan padanya. Suka beru kejutan padanya”.
Besar pengorbanannya dari wanita biasa menjadi bidadari
“Besar pengorbanannya dari wanita biasa sehingga menjadi bidadari penyejuk mata. Menutup aurat. Jaga solat. Didik anak dengan sunnah. Menggembirakan hati saya”.
“Setia mengurus rumahtangga siang malam. Kurang berehat. Sentiasa menyokong dan bersama usaja saya lakukan. Ya Allah betapa diriku sayang padanya bidadariku”.
Gembirakan hati bidadari nikmat besar dalam hidup saya
“Best rasanya bila bawa bidadari beli barang dapur di @elewsmart . Apa bidadari saya nak terus order dan pastikan ada di kedai. Susu anak jenis apa. Beras jenis apa. Sabun dapur apa. Tisu jenis apa”.
“Menggembirakan hati bidadari nikmat besar dalam hidup saya. Terima kaseh pada Allah yang hadiahkan bidadari ini dalam hidup saya”.
Suami jangan pernah sesekali bersifat kedekut
Jelas Ebit Lew lagi, dia melihat pemberian kepada isteri itu sebagai satu bentuk penghargaaan atas segala jasa yang dilakukannya dalam menguruskan hal rumah tangga.
Sebelum ini, Ebit juga pernah menasihati golongan suami untuk tidak sesekali bersifat kedekut untuk membelanjakan wang terhadap pasangan masing-masing.
Menjenguk ke ruangan komen, rata-rata netizen meninggalkan pelbagai reaksi positif dan mengharapkan semua suami di luar sana dapat menghargai jasa dan pengorbanan isteri mereka.