Connect with us

Viral

“Apa hak cikgu?” Tindakan Guru Bakar Telefon Murid Cetus Perdebatan Warga Maya

Setiap tempat yang kita pergi pastinya mempunyai undang-undang mereka tersendiri walhal dalam rumah kita sendiri ada undang-undang yang ditetapkan oleh ibu bapa bagi mendidik kitamenjadi insan yang berguna.

Begitu jugalah di sekolah, murid-murid wajib mengikut peraturan sekolah yang telah ditetapkan demi melahirkan sikap disiplin di kalangan pelajar.

Siapa sahaja yang ingkar, pasti akan dikenakan tindakan tata tertib bagi ‘mengajar’ mereka yang melakukan kesilapan seperti rotan, gantung sekolah, bersihkan kawasan sekolah, bacaan yassin, solat sunat berjemaah, dibotakkan rambut jika berambut panjang dan sebagainya.

Namun lain pula ceritanya dengan kisah yang tular baru-baru ini dimana seorang guru bertindak membakar telefon bimbit dipercayai milik anak murid di sebuah sekolah yang tidak dipastikan lokasinya mencuri perhatian ramai.

Menerusi video yang dimuat naik oleh seorang pengguna Twitter iaitu @theonlyizzah, memaparkan dua orang guru ‘selamba’ mencampakkan beberapa buah telefon bimbit ke dalam api yang marak.

Tidak dinafikan, perkara tersebut mendapat pelbagai reaksi daripada warga netizen kerana disifatkan sangat melampaui batas meskipun niat untuk memberi pengajaran kepada murid.

“Tak boleh bayang family yang kurang senang, mak bapak susah payah kumpul duit belikan anak fon untuk belajar, last-last macam ni. Ikutkan memang pelajar tu salah tapi ni bukan solution dia”- netizen.

Video yang tular di laman Twitter:

Video ini nyata mencetuskan perdebatan antara warga maya dimana ada yang berpendapat bahawa penggunaan telefon bimbit untuk pelajar di sekolah kini adalah satu keperluan dan para guru tidak mempunyai hak untuk menghapuskan barang peribadi anak didik mereka di sekolah.

Namun dalam masa yang sama, ada juga warganet yang menyokong tindakan yang dilakukan oleh guru tersebut dan menyalahkan ibu bapa kerana tidak pandai mendidik anak-anak sehinggakan anak-anak ingkar dengan peraturan sekolah.

Berikut merupkan reaksi warga netizen:

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.