Connect with us

Viral

“Apehal lompat2 rotinya” Pakcik2 Bergurau, Roti Canai Terbang Raih Jutaan Tontonan

Sebut sahaja tentang Roti Canai favourite rakyat Malaysia ni, pasti ramai yang terbayang akan kelembutan roti tersebut apatah lagi bila makan panas-panas dan ianya juga antara menu yang sesuai dimakan tak kira masa sama ada pagi, tengahari, petang atau malam.

Pun begitu, tidak semua orang dapat menebar roti canai dengan baik kerana ianya juga mempunyai skill yang tersendiri untuk menebar roti canai agar kelihatan cantik dan menyelerakan. Senang kata, bukan calang-calang orang yang mampu menebar roti canai ni.

Sama juga dengan kisah yang tular baru-baru ini dimana roti canai terbang telah mencuri perhatian ramai. Lagak si pembuat roti canai pun boleh tahan, macam profesional!

Menerusi rakaman yang dimuat naik oleh seorang pengguna TikTok @naimmohdamil ini, kelihatan seorang pak cik dikenali sebagai Cik Din telah menghiburkan orang ramai dengan menerbangkan roti canai dari meja dapurnya terus ke pinggan pelanggan biarpun tersasar sedikit.

Namun apa yang lebih melucukan adalah si pelanggan steady menyambut roti tersebut lalu ‘melompat-lompat’ kannya di dalam pinggan.

“Seronok tengok mereka bergurau.” katanya di ruangan kapsyen.

Berikut merupakan video yang tular di laman TikTok:

@naimmohdamilSeronok tengok mereka bergurau. ##tiktokmalaysia ##fyp ##roticanaiterbang♬ เสียงต้นฉบับ – วงดนตรีไม้เลื้อยแบนด์

Ketika artikel ini ditulis, video pendek yang berdurasi 11 saat itu meraih 1.3M tontonan, 80.7M tanda suka, 615 komen dan 974 perkongsian di TikTok.

Meninjau di ruangan komen, rata-rata warga netizen terhibur melihat gelagat dua orang pakcik yang bergurau di kedai makan ini. Dalam pada masa sama, ramai juga para netizen yang terdiri daripada pelanggannya mengatakan makanan yang ada di gerainya sedap-sedap belaka.

Berikut merupakan komen daripada warga maya:

Cik Din buat hal..

“teringat dekat arwah atuk dulu bergurau mcm ni”


“hahahaha ape hal lompat-lompat rotinya..”

” Bihun goreng dia sedap.. Best in the world..”

“takpe tak lebih 5 saat masih boleh makan”

Lain macam Cik Din punya ‘markerting strategy’, tak payah susah-susah pakai pekerja.. pakai lambung dari jauh je! hehehe

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.