Connect with us

Teknologi

Apple iOS 12 Kongsi Lokasi Pemanggil 911 Secara Automatik

Apple baru sahaja mengumumkan ciri-ciri terbaru iOS 12 untuk pasaran USA pada musim luruh ini: perkongsian lokasi automatik dengan responden pertama apabila anda mendail 911 dari iPhone anda.

Tujuan fungsi tambahan ini adalah bertujuan untuk mengurangkan masa respon kecemasan dengan memperkemas proses pengumpulan maklumat. Apple menyatakan bahawa kira-kira 80 peratus panggilan kecemasan di Amerika Syarikat kini dibuat dari peranti mudah alih, namun infrastruktur “sudah ketinggalan zaman” menjadikannya sukar untuk pusat 911 mendapatkan lokasi pemanggil dengan cepat dan tepat.

Perubahan iOS 12 ini dibina pada sistem Apple’s Hybridized Emergency Location (HELO) yang dilancarkan pada tahun 2015, dan ia akan diintegrasikan dengan perisian sedia ada pada sistem “911 pusat” dengan bantuan syarikat teknologi kecemasan RapidSOS. “Ini akan mempercepatkan penggunaan Next Generation 911 untuk semua orang,” pengumuman Apple memetik Rob McMullen, Presiden Persatuan Nombor Kecemasan Kebangsaan, “menyelamat nyawa dan melindungi harta benda.”

Penekanan Apple terhadap privasi juga telah digariskan dalam pengumuman syarikat yang menyatakan bahawa data pengguna “tidak dapat digunakan untuk sebarang tujuan bukan darurat.”

Walaubagaimanapun tidak dinyatakan fungsi perkongsian lokasi secara automatik ini akan diperluaskan di Malaysia untuk panggilan kecemasan 999.

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.