Connect with us

Selebriti

Artis Wanita Ditahan Berbasikal Rentas Negeri, Bella Dally Dikecam

Degil melanggar SOP Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB), pelakon Bella Dally ditahan polis semalam.

Bella atau nama sebenarnya, Nabilah Ali Dally, 29, ditahan bagi membantu siasatan tindakannya mengayuh basikal ke Genting Sempah, Bentong di Pahang pada Ahad lalu.

Difahamkan, selebriti itu ditahan selepas pihak polis melihat satu hantaran yang dimuat naik di Instagramnya yang memaparkan dia bersama rakannya sedang berbasikal.

Satu sumber berkata, hasil siasatan mendapati dua wanita tersebut bergerak dari kediaman masing-masing di Dutamas menghala ke sebuah restoran yang terletak berhampiran Hospital Orang Asli, Gombak.

 

View this post on Instagram

 

Stopped by for Kopi C kosong. Have a lovely weekend everyone!

A post shared by ⭐️ B e l l a D a l l y ⭐️ (@belladally) on

“Mereka meletakkan kenderaan di sana sebelum berbasikal melalui Jalan Gombak Lama ke Genting Sempah.

“Kira-kira lebih 10 Kilometer mereka berbasikal sebelum patah balik ke kenderaan,” katanya.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Gombak, Asisten Komisioner Arifai Tarawe ketika dihubungi Kosmo! mengesahkan tangkapan pelakon tersebut.

Kosmo! pada Isnin lalu melaporkan pelakon Bella Dally dikecam netizen kerana mengayuh basikal ke Genting Sempah, Bentong di Pahang semasa Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) dilaksanakan di Lembah Klang pada ketika ini.

Kecaman diterima selepas Bella atau nama sebenarnya, Nabilah Ali Dally, 29, memuat naik sekeping gambar dia menyertai aktiviti berbasikal ber- sama rakannya semalam.

Menerusi gambar itu, Bella menulis kapsyen: “Wohoo Genting Sempah with @diyanabanana”.

Menerusi ruangan komen, rata-rata netizen meluahkan rasa tidak puas hati terhadap pelakon filem Desolasi itu kerana khuatir membawa jangkitan Covid-19 di daerah dan negeri zon hijau.

 

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.