Sering kita dengar luahan suami apabila isteri tidur ketika dalam perjalanan yang memakan masa yang lama.
Pastinya apabila telah berkahwin, suami isteri sering pulang ke kampung atau ke mana-mana destinasi yang memperlihatkan isteri tertidur di tempat duduk sebelah.
Mari kita lihat satu perkongsian luahan suami mengapa isteri sering tidur di dalam kereta ketika perjalanan yang jauh.
Perkongsian ini juga telah tular di laman sosial Facebook yang telah dikongsikan oleh Farhan Hassan.
ASAL NAIK KERETA JE MESTI TIDUR AWAK NI
“Tidur sama serentak, sama 8 jam, sama sedar 16 jam, tapi kalau naik kereta, sekejap je mesti wife tertidur. Tak de pun nak teman husband drive ke apa”.
“Tuan-tuan, fikiran lelaki tak sama dengan fikiran perempuan. Kita lelaki, tengah-tengah drive pun boleh jadi blank. Kosong, tau-tau je dah sampai destinasi”.
“Badan jadi auto pilot dan kalau boleh masuk kotak fikiran dalam tu, macam 1 dewan yang besar dan kosong. Jerit hello pun boleh bergema-gema”.
Fikiran Perempuan Lain
“Sebelum naik kereta, dia fikir suis seterika dah tutup ke belum? Seterika untuk baju. Baju kotor dah basuh ke belum. Nak basuh guna air. Paip air dah tutup ke belum. Bil air dan elektrik naik nanti”.
“Nak bayar bil kena pakai duit. Duit kena cari. Mana nak cari duit. Kalau tak ada duit, macam mana nak makan”.
“Nak makan kena minum. Minum apa sedap? Bubble tea sedap kot. Nak bubble tea apa eh? Makan apa sedap dengan bubble tea”?
“Macam tu lah fikiran nya. Non stop dan sering berkait, umpama wayar yang bercantum tapi terikat sana sini”.
“Tapi bila keadaan dia “terkepit” tak boleh buat apa duduk dalam kereta. Waktu tu lah otak mula bagi signal untuk slow down. Rest”.
“Dengan sejuk aircond, gegar2 kereta mcm massage chair, tak boleh buat apa2 kecuali duduk. Waktu tu lah yang sebenarnya wife sedang berehat. Memang tak fikir apa2”.
“Wayar-wayar tadi mula terpisah, keadaan jadi tenang. Berapa jam sangat. Jangan lah dikacau dia berehat”.
“Kalau boleh bagi kusyen, bantal biar dia peluk. Nanti dah sampai destinasi, otak dia kembali bekerja”.
“Apalah sangat drive sorang-sorang tu. Nanti dah bangun dia juga yang fikirkan makan minum kita, hal urusan kita”.
“Waktu dia tidur la kita bantai lagu2 Metallica, A7X, Trivium yang keras tu, tapi volume slow lah.Tapi jangan salah sangka, walaupun diaorg tidur, sensor vibration dia tetap on”.
“Ko tekan sikit 120km/j, nanti akan kedengaran suara sayu2. “Bangggggggg, slow skit bangggg, bahaya laju2″ Macam tau2 pulak dah lebih had laju 110km/j mamai2 pun”.
Buat suami dan isteri sama-samalah bertolak ansur, jika isteri terlalu penat biarlah die rehat seketika. Semoga perkongsian ini mendatangkan manfaat dan kebaikan kepada semua pembaca.