Pelakon yang sedang meningkat naik, Ezzaty Abdullah, hari ini tidak dapat menahan kemarahan dengan pihak yang membakar mercun pada pukul 12.30 pagi tadi di kawasan perumahannya.
Menerusi perkongsian di laman Instagram, Ezzaty berkata tindakan itu telah mengganggu ketenteraman dirinya yang ingin berehat selepas penat bekerja menguruskan bisnes mee udang.
“Huh! Asal raya ja ada orang bod** pentingkan diri! 12.30 pagi bod**! Kau nak bakar mercun apa benda? Esok Subuh aku bakar mercun depan rumah kau baru kau tau!”
“Tak kisah la nak mabuk ke nak mati ke nak makan apa ke tapi 12.30 pagi orang dah tidur. Kenapa la masih lagi ada otak dekat dunia ni yang pentingkan diri haram! Pengawal keselamatan pula tak dapat dihubungi.
“Aku penat gila satu hari masak pergi buat penghantaran. Kau cuti kau punya pasal la. Aku kerja. Kau kerja aku ada bising ka? Betul! Baru dapat rehat 30 minit dah ada main mercun!” tulisnya menerusi Instagram Stories.
Dalam pada itu, isteri kepada pelakon Azwan Kombos mengingatkan untuk mempunyai perasaan empati terhadap orang di sekeliling.
“Tolong semua semua. Punya rasa empati dengan semua orang. Kalau korang nak berjimba jangan menyusahkan atau kacau orang lain. Hidup kita ni kalau tak dapat senangkan orang, jangan susahkan orang.
“Cuba fikir kalau orang ada anak kecik yang susah nak tidur. Lepastu dia dah tidur. Mak bapa dia baru nak tarik nafas lega lepas sehari suntuk penat jaga dia yang buas.
“Tiba-tiba kau main memekak main mercun lepastu budak tu bangun nangis-nangis balik. Apa perasaan mak bapa tu? Kalau kau pentingkan diri sangat pun. Kau fikir kalau kena kat diri kau la,” tulisnya lagi.
Ezzaty dan Azwan mendirikan rumah tangga pada Julai 2016. Hasil perkahwinan tu, mereka dikurniakan seorang cahaya mata perempuan, Harum Dahlia.