Apa lagi yang nak dibuat oleh ibu-ibu di rumah kalau bukan menanam pokok-pokok bunga. Ibu-ibu dengan pokok memang berpisah tiada. Macam best friend forever! Sanggup berhabis untuk hobi mereka tu.
Dalam memenuhi kehendak mereka itu, ada yang sanggup meyusahkan diri, berhimpit-himpit dengan pokok-pokok besar yang mereka beli!
Seorang gadis bernama Athirah telah berkongsi momen dimana dua orang mak cik sanggup berhimpit-himpit dengan pokok keladi yang dibeli mereka!
Saiz pokok yang dibeli dan dibawa menaiki kereta tersebut agak besar sehingga ‘menenggelamkan’ kewujudan mereka berdua.
“Sampai x nampak tuan” seloroh Athirah di ruangan kapsyen.
Kegigihan dua orang mak cik membeli pokok keladi itu mengundang dekah ramai. Mana tak nya, tak cukup dengan pokok keladi besar sampai tak nampak muka, di tangannya ada satu lagi beg plastik yang berisi pokok keladi juga!
Genggaman mak cik tersebut dilihat seolah-olah tak nak lepas pokok yang baru dibelinya itu.
Netizen yang melihat situasi tersebut turut hairan dan tertanya-tanya apa yang special sangat tentang pokok keladi ini sehingga menjadi kegilaan ramai kaum ibu.
Bukan itu sahaja, dah jadi macam pertandingan pula kerana masing-masing berlumba untuk membeli pokok keladi dan membanding-bandingkan pokok keladi yang mereka ada.
Video yang tular di laman TikTok
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen berdekah melihat aksi dua orang mak cik yang sanggup duduk dengan pokok keladi. Mereka turut mengaku bahawa ibu mereka juga suka beli pokok keladi untuk memenuhkan kawasan rumah.
Berikut antara komen-komen yang diberikan oleh netizen
“garden kat rumah ❌ garden Dalam kereta ✅”
“mak² dgn pokok keladi mmg tak dpt dipisahkan😌”
“itu kalau patah air mata woo😂 bte aku bkn pemint keladi tp suka tgk pemint dia.gigih”
“Tangkap gbr nice Tu hahaa😭🤙🏻”