Connect with us

Makan

Top 7 Asam Pedas Melaka Paling Sedap Wajib Datang!

Seperti yang kita semua tahu, Melaka bukan sahaja terkenal sebagai Bandaraya Bersejarah yang menempatkan banyak lokasi pelancongan, malah turut terdapat banyak tempat makan sedap di Melaka  seperti ikan bakar, coconut shake dan kuih viral.

Selain itu, ada satu lagi menu yang yang sangat terkenal di Melaka iaitu masakan asam pedas. Rasanya pasti tidak lengkap percutian di Melaka jika tidak makan asam pedas di sini.

Melaka cukup sinomin dengan terkenalnya masakan asam pedas. Tidak dapat dinafikan bahawa makanan ini menjadi salah satu tarikan pelancong bagi mereka yang datang ke Melaka.

Keenakkan asam pedas Melaka  sudah menjadi kebanggaan bagi orang-orang Melaka kerana ada yang menyatakan kalau mahu menikmati asam pedas yang sebenar pergilah ke Melaka walaupun asam pedas ni boleh didapati di negeri-negeri lain.

Hampir setiap restoran di Melaka ini menyediakan menu asam pedas sebagai tarikan utama mereka seperti di Bandar Hilir, Kota Laksamana, Klebang, Bukit Cina dan sebagainya. Namun, seperti yang sedia maklum asam pedas terdapat pelbagai versi kerana sudah menjadi trend setiap resipi itu mengikut daerah di Melaka.

Ini adalah kerana ia terpulang kepada masing-masing bagaimana untuk mempelbagaikan masakan itu.

Masakan asam pedas bukanlah masakan yang asing di Malaysia. Cili dan air asam adalah bahan utama. Namun, lain tempat lainlah caranya walaupun asasnya serupa.

Oleh itu, di sini kami senaraikan top 7 tempat makan asam pedas Melaka untuk mengisi perut yang lapar setelah berjam-jam mengunjungi tempat-tempat menarik di sana.

Senarai Lengkap 7 Tempat Makan Asam Pedas Melaka Sedap

1. Asam Pedas Selera Kampung

Restoran Asam Pedas Selera Kampung juga adalah salah satu kegemaran pelancong yang datang untuk mencari asam Pedas Melaka. Ia terletak di G2, Jalan PM3, Mahkota Square Bandar Hilir.

Bagi mereka yang sudah penat berjalan menikmati bandar bersejarah bolehlah singgah di restoran ini. Lokasi yang strategik memudahkan anda mencari kedai tersebut kerana ia berada di tengah-tengah bandar.

2. Asam Pedas Pak Man

Kalau mahu melihat reputasi sesebuah kedai makan, penulis melihat juga kalau-kalau kru Jalan-Jalan Cari Makan pernah berkunjung ke tempat tersebut selain daripada saranan dan pujian daripada ramai orang.

Asam Pedas Pak Man yang terletak di Kampung Ujong Pasir ini mempunyai kriteria yang disebutkan di atas. Maka, penulis tidak teragak-agak memasukkan Asam Pedas Pak Man ini di dalam senarai lokasi Asam Pedas pilihan di Melaka.

Ada pelanggan tak mensia-siakan peluang berkunjung sekali-sekala dengan mencuba semua jenis ikan yang mereka sediakan. Bolehlah tambah ulam-ulaman dan telur dadar untuk melengkapkan lagi rasa masakan Melayu.

Untuk sebarang tempahan, bolehlah menghubungi pengurusnya iaitu Pak Man sendiri di 016-6700 889.

3. Asam Pedas Malinja

Ia bermula dengan perniagaan kecil yang hanya menggunakan kereta tolak. Lokasinya sering berubah pada waktu itu sehingga akhirnya kekal di hadapan bukit Hotel Straits Meredian. Selepas 13 tahun, ia diberikan tapak untuk berpindah ke tempat lain.

Kini setelah hampir 20 tahun, Asam Pedas Malinja masih gah beroperasi sebagai salah sebuah lokasi asam pedas terkemuka di Melaka.

Ia terletak di Kampung Musai, Bukit Baru, bersebelahan dengan Hotel Strait Meridian. Asam pedas tetelnya adalah hidangan yang sering menjadi buah mulut pengunjung.

Selain asam pedas, ia juga turut meletakkan roti terbang atau roti canai dalam menu mereka.

4. Asam Pedas Pasar Borong

Asam Pedas Pasar Borong memang terletak di pasar borong di Taman Merdeka. Ia dibuka pada waktu malam sehingga waktu pagi.


Ada beberapa kedai menjual asam pedas di sini dan masing-masing menerima komen positif daripada pelanggan.

5. Kedai Asam Pedas Hajah Rahmah

Satu lagi lokasi asam pedas di Melaka adalah di Bukit Katil. Penulis belum pernah berkunjung di sini. Tetapi, menurut para blogger yang pernah berkunjung di sini dan peminat tegar Asam pedas Hjh. Rahmah, jika anda mahu ke sana, sila ambil simpang kiri di lampu isyarat Hospital Pantai.

Pada lampu isyarat seterusnya, setelah anda melihat JPJ, belok ke kanan dan teruskan perjalanan sehingga ternampak kedai ini di sebelah kanan anda.

Pelbagai lauk-pauk Melayu dihidangkan di sini yang pastinya akan menjadi memori indah kepada anda.

6. Asam Pedas Warung Sri Binjai

Warung Sri Binjai yang terletak di Cheng menawarkan Asam Pedas Melaka yang best.  Namun warung ini hanya di buka pada waktu makanan tengahari sahaja.

Kedudukan warung ini terletak berhmapiran dengan maybank Cheng. Tanda-tanda warung yang mudah dikenali adalah warung tersebut berhampiran dengan pokok binjai.

7. Asam Pedas Claypot

Asam Pedas Claypot (Restoran Kota Laksamana) terletak di Jalan Laksamana 1 (Taman Kota Laksamana), 75000 Melaka. Sepertimana namanya, asam pedas claypot dihidangkan di dalam claypot, sesuatu yang jarang ditemui di restoran yang menyediakan hidangan asam pedas.

Apabila menyebut ‘asam pedas’ pasti akan terbayang jenis-jenis ikan yang sering dijadikan bahan utama masakan tersebut. Tapi, pernahkah anda makan asam pedas tetel?

Ya, asam pedas tetel atau bahagian daging lembut bercampur urat dan lemak ini ada dihidangkan di Asam Pedas Claypot selain daripada ikan-ikan yang biasa digunakan dalam masakan asam pedas.

Tidak rugi untuk mencuba asam pedas tetel ini. Asam Pedas Claypot juga menyediakan set nasi bersama-sama sayur dan telur masin.

Kerana kelazatan asam pedas mereka, Asam Pedas Claypot seringkali menerima pengunjung dalam jumlah yang ramai sehingga memenuhi jumlah meja yang banyak yang telah mereka sediakan.

Kesesakan amat dirasai pada hari minggu. Asam Pedas Claypot dibuka pada waktu petang iaitu jam 5 sehingga 5 pagi.

____________

Kami hanya  senaraikan 7 sahaja asam pedas terbaik Melaka, sebenarnya masih banyak lagi tempat-tempat yang menyediakan asam pedas yang terbaik, namun masih lagi dalam pemerhatian dan bakal menjadi bahan bualan bagi penggemar asam pedas.

Semoga anda menyukai tempat makan asam pedas melaka yang telah kami kongsikan. Jangan lupa untuk tinggalkan komen anda di bawah untuk kedai makan yang telah diterjah.

[su_note note_color=”#d8d0c3″]Sumber Rujukan: Saji[/su_note]

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.