Connect with us

Selebriti

Aset Sajad Disita & Dilelong, Ini Respon Beliau

Nama Muhammad Sajjad Kamaruzzaman atau popular dengan nama Nur Sajat di media sosial sudah tidak asing lagi ekoran pelbagai kontroversi yang melanda dirinya.

Terdahulu dia muncul di Instagram mengumumkan bahawa dia kini berada di Australia, selepas diberi status tinggal tetap di sana dan menyifatkan sudah “bercerai” dengan negara ini serta tidak mungkin dapat bersatu kembali.

Bahkan dalam masa yang sama, dia juga bersyukur kerana sistem perundangan Australia mengakui dirinya secara sah sebagai wanita, sehubungan itu dia akan memulakan perniagaannya di sana.

Bagaimana pun, Mahkamah Tinggi Shah Alam mengarahkan harta milik usahawan kosmetik sensasi yang diburu, disita dan pada hari ini Selasa, 14 Disember, barangan itu dilelong pada pukul 10:30 pagi.

Difahamkan, lelongan awam tersebut akan dijalankan di rumah Muhammad Sajjad yang beralamat di Premis No. 2, Jalan Polo 10/3, Kota Damansara, Petaling Jaya, Selangor.

“Pihak defendan tidak membuat pembayaran setelah writ penyitaan dan penjualan ditampal di premis Muhammad Sajjad Kamaruz zaman pada 14 Disember lalu. Maka, mahkamah telahpun meluluskan permohonan plaintif agar semua barang yang disita supaya dilelong esok,” kata Nurul Hafidzah Hassan dan Zeti Zukifili dari firma guaman NHA Advocates & Solicitors iaitu peguam kepada plaintif, OWA Resources Sdn. Bhd. dalam satu kenyataan yang die-melkan.

“Keputusan mahkamah adalah testimoni yang sistem perundangan negara bersetuju dengan hujahan dan bukti-bukti yang telah dibentangkan oleh pihak plaintif,” tambah Nurul Hafidzah.

Namun, Sajad tampil menyatakan bahawa dirinya tidak kisah jika hartanya dilelong kerana di ingin meneruskan hidup baru di Australia dan berlapang dada dengan apa yang telah berlaku.

“Saya tak ada disana, saya tak hadir ketika perbicaraan dan saya dianggap kalah. Saya akui hal itu. Sebagai manusia, pokok pangkahnya apa yang kita ada kita akan tinggalkan nanti. Syukur, saya dapat melihat semua ini ketika masih hidup cuma dah tak menetap di Malaysia,” katanya.

“sebagai manusia pokok pangkalnya apa yang kita ada kita akan tinggalkan nanti. Syukur, saya dapat melihat semua ini ketika saya masih hidup cuma saya tidak menetap di sana (Malaysia)”

Sajat akui tidak pernah hairan.. sudah mati di Malaysia

“Bagi saya, saya dah mati di Malaysia! Saya tak perlu fikirkan apa yang berlaku di sana sama ada tentang rumah dan segalanya. Terpulanglah mereka nak buat apa, saya sudah ada kehidupan di sini (Australia),” ujarnya lagi.

“kami tak sibuk, korang pula kecoh pasal apa? nak lelong, lelonglah. Saya tak hairan pun. Apa kita ada nanti pun kita akan tinggalkan.. saya bersyukur apa yang berlaku”

“Tak payah nak sedih-sedih, benda dah jadi dah. Kami tak teriak pun, ampa pula yang lebih-lebih nak teriak bagai. Bukan duit ampa, tu duit kami yang kena lelong tu,” tambah Sajat.

Rindu anak-anak, lihat daripada sudut positif

“Kami teriak (menangis) sebab kami rindu suasana di Malaysia dan rindu anak-anak. Saya ni manusia, tipulah saya tak menangis, tapi saya fikir balik kalau perkara (lelong) ini tak jadi sekrang, mungkin masa saya mati nanti”


“Kasihan anak-anak saya kalau harta kena lelong masa saya dah tak ada, Saya melihat perkara ini daripada sudut positif. Saya tak perlu bersedih. Saya dah jai penduduk tetap disini, kenapa nak sedih eh?”

Semua itu pinjaman

“Saya kena move on, sebab bila tengok duit di Australia ni saya jadi gembira. Lagi sedap duduk sini daripada Malaysia”

“Semua itu pinjaman, sekurang-kurangnya saya dah merasa perabot mahal! saya anggap saya insan terpilih untuk menerima dugaan macam ni” ujarnya.

Video yang tular:

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Nursajat (@nursajatkamaruzzaman)

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.