Siti Nor Hidayah yang merupakan balu kepada Allahyarham Abam Bocey telah membuat satu pengumuman mengenai status Instagram arwah.
Akaun Instagram peribadi milik Allahyarham Abam Bocey yang memiliki sebanyak 2.5 juta pengikut itu akan dikendalikan oleh Nor Hidayah sendiri.
Nor Hidayah membuat pengakuan di Instagram arwah suaminya
Nor Hidayah memuat naik satu posting pengumuman tersebut yang mana beliau akan mengambil alih dan mengendalikan akaun Instagram arwah.
Posting tersebut dimuat naik pada Khamis lepas dan beliau turut memuat naik foto gambar anak mereka Syed Uthman Hamzah
Nor Hidayah turut memberitahu bahawa akaun itu akan digunakan untuk memuat naik perkembangan terkini berkaitan anak lelakinya itu.
Saya akan kongsikan perkembangan terkini Syed Hamzah
“Assalamualaikum. Kepada semua followers Allahyarham Syed Umar Mokhtar ( Abam Bocey) Mulai hari ini akaun Instagram ini akan di kendali oleh saya @hidayah_abam”.
“Saya akan update perkembangan terkini tentang anak kami, Syed Uthman Hamzah Syed Umar Mokhtar di atas permintaan ramai yang mahu mengikuti perkembangan baby Hamzah”.
Terima kasih atas doa kalian buat Hamzah dan saya selama ini
“Terima kasih atas doa kalian buat Hamzah dan saya selama ini. Terima kasih kepada semua yang telah memberi kata semangat buat kami. Semoga Allah membalas segala kebaikan kalian”.
“Walau bagaimanapun saya akan kekalkan nama @abam_bocik buat sementara waktu ini sementara menunggu pertukaraan username baru diluluskan oleh pihak instagram untuk Account ini”. Terima kasih kepada semua”.
Tindakan itu dilakukan Nor Hidayah supaya akaun itu sentiasa aktif
Sementara itu, Nor Hidayah turut menjelaskan tindakan mengaktifkan akaun Allahyarham bagi mengelakkan dilupuskan jika akaun itu tidak aktif.
Selain itu, menurut Nor Hidayah nama akaun Instagram itu masih mengekalkan nama asal iaitu @abam_bocik.
Semoga Nor Hidayang dan Syed Hamzah sentiasa dalam keadaan baik dan bersemangat menjadi hari-hari mendatang.