Umum kita tahu, ayah ni walaupun segarang mana pun dia, walaupun pernah ada title Leftenan Kolonel, Brigedier Jeneral, Mejar Jeneral bahkan Leftenan Jeneral sekalipun dalam pekerjaannya, namun dia tetap manja dengan cucu-cucunya.
Dia akan bertukar menjadi manusia yang paling lembut dengan cucu-cucunya sehinggakan terkadang dengan atuknya sekali ‘melayan’ cucu main ‘hide and seek’, ‘police and thief’ dan sebagainya.
Sama juga dengan kisah yang tular baru-baru ini dimana seorang atuk gigih kejar kereta cucu untuk ucap selamat tinggal untuk kali terakhir mencuri perhatian ramai.
Walaupun sering berhubung melalui telefon, perasaannya tidak akan sama apabila dapat bertemu bertentang mata. Pun begitu, setiap pertemuan pasti akan ada perpisahan dan ia perlu dilalui dengan tabah.
Menerusi sebuah video yang dimuat naik oleh seorang pengguna TikTok @emothuzaimah, budak lelaki yang berusia tujuh tahun itu dilihat menangis dan memeluk erat datuknya sebelum pulang ke Kuching, Sarawak.
Memetik laporan Siakap Keli, Puan Huzaimah berkata mereka sekeluarga pulang ke kampung di Kuala Pilah, Negeri Sembilan selama sebulan setelah PKP ditamatkan. Menurutnya, mereka sebelum itu sudah dua tahun tidak berjumpa.
“Kalau ikutkan setiap tahun kami akan balik, dua tiga kali ke Kuala Pilah tapi disebabkan covid dan PKP kami tak dapat balik Negeri Sembilan.
“Jadi bila Sarawak dah buka pintu untuk orang keluar masuk, kami terus cuti sampai sebulan lebih kat kampung,” katanya.
Dapat juga kita lihat di dalam video tersebut bapanya Haji Mohd Yunus mengejar kereta mereka sampai ke simpang jalan untuk bertemu dan mengucapkan selamat tinggal sekali lagi kepada anak dan cucunya seolah-olah tidak sanggup untuk melepaskan mereka pulang.
Video yang tular di laman TikTok:
Ketika artikel ini ditulis, video tersebut telah meraih 259.4K tontonan, 27.7K tanda suka, 1100 komen dan 324 perkongsian di applikasi TikTok.
Meninjau di ruangan komen, rata-rata warga netizen turut sebak melihat keakraban atuk dan cucunya yang berat hati untuk meninggalkan satu sama yang lain.
Berikut merupakan komen warga maya: