Terdahulu tular mengenai seorang wanita yang dikatakan tiada ‘common sense’ membawa kucing masuk ke dalam kenderaan awam (ETS).
Bukan sahaja melanggar undang-undang yang ditetapkan malah sikapnya itu jelas membuatkan ramai kurang senang terutamanya pada mereka yang mempunyai allergy terhadap bulu kucing.
Belum reda isu tersebut, kini timbul pula satu lagi video dimana seorang aunty berbangsa Cina dengan selamba membawa anjing-anjing peliharaannya bermain di taman permainan mencuri perhatian ramai.
Menerusi rakaman yang dimuat naik oleh @AsyrafRosli_, kelihatan beberapa ekor anjingnya bukan sahaja dilepaskan malah dibiarkan bermain gelongsor yang telah disediakan.
Geram dengan perkara tersebut, lelaki ini pergi menegur tindakan Aunty tersebut namun jawapan yang diberi sangat mengecewakan dimana dia menyakan semula soalan yang tidak masuk akal.
Meninjau di ruangan komen, rata/rata warga netizen memberikan pandangan masing-masing mengenai isu tersebut malah berharap pihak berkuasa dapat melakukan satu inisiatif membendung perkara sebegini.
Bukan itu sahaja, netizen juga meminta orang awam mematuhi undang-undang yang telah ditetapkan di sesuatu tempat kerana pasti ada sebabnya mengapa sesetengah tindakan dilarang untuk dilakukan.
Antara komen warga maya:
Video yang tular di laman Twitter: