Connect with us

Viral

“Auto balik awal macam ni” Kelibat Lembaga ‘Berbungkus’ Bergolek Atas Jalan Raya Bikin Netizen Meremang

Kewujudan makhluk halus di sekeliling kita tidk boleh disangkalkan kerana ‘mereka’ ini juga merupakan ciptaan Allah jadi kita harus percaya akan keberadaan mereka.

Ada yang percaya makhluk halus ini juga berupaya menjelma dalam satu bentuk yang sangat menyeramkan.

Sama juga dengan kisah yang tular baru-baru ini dimana seorang lelaki melihat ‘sesuatu’ yang mampu membuatkan orang ramai meremang bulu roma.

Menerusi sebuah video yang dikongsikan oleh seorang pengguna TikTok iaitu @paknuatt, kelihatan satu entiti yang tidak diketahui bergolek di atas jalan raya.

Berdasarkan daripada video tersebut beserta dengan kelam malam, dapat kita lihat entiti tersebut merupakan sesuatu yang ‘berbungkus’ dan dipercayai menyerupai rupa pocong.

“Alahai masa-masa macam inilah dia nak buat perangai,” tulis pemilik akaun di dalam video tersebut.

Tidak cukup dengan itu, dia juga ada berkongsikan sebuah lagi video dimana dia terhidu satu bau yang wangi secara tiba-tiba ketika bertugas seperti bau wangian bunga2 yang menusuk di hidung.

Video yang tular di laman TikTok:

@paknuatt Auto balik awai klu mcmni….😥😥😥#penangport🇲🇾 #budakport #tiktokmalaysia #fypシ #xyzbca ♬ Scary Sounds – Bobby Cole

@paknuatt AHHH SUDAHHH….semua sini keja belemoih dah mana mai pulak wangi2 ni…#xyzbca #fyp #tiktokmalaysia #penangport🇲🇾 #budakport #horror ♬ original sound – PakNuaTT☑️

Ketika artikel ini ditulis, video tersebut telah meraih 1.1 Juta tontonan, 76.4K tanda suka, 5123 komen dan 3619 perkongsian di TikTok.

Meninjau di ruangan komen, rata-rata warga netizen turut seram melihat kelibat tersebut dan tertanya-tanya apakah benda yang berguling tersebut.

Namun, lumrah rakyat Malaysia, seramlah macam mana pun sesuatu cerita itu masyarakat kita memang ada cara tersendiri untuk melawak.

Antara komen-komen lucu netizen:

“tengah lompat tiba2 tersadung.. macam mana nak bangun.. so dia berguling cari bantuan..”

“dulu dia lumpuh agaknya…”

“berguling panggil hantu bungkus, melompat panggil pocong.. confius dia..”


“kenapa macam adik aku kalau memberontak tak dapat aiskrim berguling macam nilah”

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.