Connect with us

Viral

“Auto Insaf” Gelagat Pasangan Kongsi Pemandangan ‘Rare’ Dari Bilik Hotel Buat Ramai Terhibur

Bagi mereka yang suka bercuti, sudah pasti menginginkan hotel yang selesa dan bersih. Lebih menarik lagi apabila hotel tersebut mempunyai fasiliti yang bagus seperti swimming pool, gym dan banyak lagi.
Iospital phone repair gombak
Pun begitu, ada juga yang gemar melihat pemandangan alam contohnya bilik hotel yang berhadapan dengan laut, sungai, bukit bakau ataupun pemandangan bandar.

Namun lain pula ceritanya dengan kisah yang tular baru-baru ini dimana pemandangan ‘rare’ dari bilik hotel pasangan suami isteri ini mencuri perhatian ramai.

Menerusi video yang dimuat naik oleh @myazul_, difahamkan mereka menginap di salah sebuah hotel di bandar Taiping, Perak dan bilik pasangan ini menghadap tanah perkuburan.


Apa yang menarik perhatian ramai adalah apabila dia menunjukkan pemandangan hotel itu yang menghadap kubur membuatkan rata-rata warganet terhibur.

Meninjau di ruangan komen, rata-rata warga netizen meninggalkan komen lucu malah sempat berseloroh mengatakan auto insaf setiap kali memandang ke arah luar tingkap.

“Samalah kita. Saya dengan husband pernah dapat chalet belakang kubur dekat Pulau Perhentian. Buka tingkap je memang terus insaf”- Netizen

Bukan itu sahaja, ada juga netizen yang berkongsi pengalaman yang lebih kurang sama ketika menginap di hotel.

Antara komen warga maya:

Video yang tular di laman TikTok:

“Ramainya jiran.. dalam bercuti pun sentiasa mengingati kematian”

“Ni betul menenangkan.. kalau aku tu, auto solat taubat malam tu..”


“Alamak ni kalau tinggal sorang nih gigil jugak”

“Tidur tak tenteram ni.. asyik kena ketuk je malam2 kan bang..”

“Auto malam tidur awal, duduk sehari je..”

“Alhamdulillah bercuti berdekatan rumah kedua kita nanti.. tempat yang semua akan diami”

“Dia suruh kita insaf kematian akan semua orang lalui”

“Member yang keje hari hari buka surah”

“Prank member best ni.. tempah bilik ni untuk dia..”

@myazul_Hotel taiping 🤣🤣♬ tenang by amcha – amchaa

Continue Reading
Advertisement