Connect with us

Viral

“Auto kembang tekak” Nasi Kerabu Penuh Ulat, Wanita Ini Luah Rasa Kecewa

Pada bulan ramadhan yang penuh barakah ini, tidak semua diantara kita yang sempat mask di rumah, malah ada yang mengambil langkah mudah dengan membeli makanan di luar sebagai juadah berbuka puasa.

Jimat masa, tenaga bahkan pelbagai menu yang boleh kita pilih. Kalau dah lapar, semua benda nampak sedap sahaja di mata kita.

Pun begitu, kita juga perlu meneliti makanan tersebt agar tidak membeli makanan yang kotor dan tidak bersih. Sama juga dengan kisah yang tular baru-baru ini dimana wanita ini membeli sebungkus nasi kerabu yang kotor mencuri perhatian ramai.

Menerusi video yang dimuat naik oleh seorang pengguna TikTok iaitu @_naleya_, kelihatan dia memilih untuk membeli nasi kerabu di sebuah kedai yang tidak dinyatakan lokasinya.

Namun bila dia membuka bungkusan tersebut setelah masuk waktu berbuka puasa, wanita ini terkejut apabila makanan yang dibelinya penuh dengan ulat.

“Hati-hati kalau membeli.. ambil lah masa untuk belek2 sikit makanan tu.. untuk peniaga kalau barang lama jangan la naya pelanggan.. dah la puasa lapar pula.. kat mana? biar lah rahsia..” ujarnya di ruangan kapsyen.

“Bukan xnk share kt mane tp mintak semua hati2 bila membeli lg2 mknn.. sbb teringin tu beli klu x dah masak huhu..selamat Berpuasa semua” tulisnya yang mungkin tidak ingin menutup periuk nasi orang lain.

Video yang tular di laman TikTok:

@_naleya_ .. .. ? … #bulanramadhan #nasikerabu #babyulat #fyp ♬ Oh No – Kreepa

Ketika artikel ini ditulis, video tersebut telah meraih 176.3K tontonan, 5647 tanda suka, 1058 komen dan 1458 perkonsian di platform TikTok.

Meninjau di ruangan komen, rata-rata warga netizen berpendapat mungkin kedai itu sejenis yang kedekut dan menyimpan lauk yang tidak habis untuk dijual keesokkan harinya.

Dalam masa yang sama, ada juga para netizen yang turut berkongsikan pengalaman dimana berdepan dengan perkara yang sama.

Berikut merupakan komen warga maya:


Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.