Connect with us

Viral

“Awak telah merampas hidup anak saya” Lelaki Kecewa Anak Maut Jadi Mangsa Pemandu Tak Bertanggungjawab

Kehilangan cahaya mata tercinta sesungguhnya berat untuk diterima. Lagi-lagi bagi insan yang baru sahaja bergelar ibu bapa. Situasi ini pastinya meninggalkan bekas rindu yang mendalam.

Iospital phone repair gombak

Bagaimanapun, kita sebagai hambaNya harus percaya dan reda dengan takdir yang sudah ditetapkan. Malah yakin sesuatu yang terjadi pasti ada hikmahnya.

Persis kisah menyayat hati yang bakal dikongsikan kali ini. 19 Februari lalu, lelaki bernama Aizat Istamuel serta keluarganya telah terlibat dalam satu kemalangan di Lebuhraya Senai-Desaru menghala ke Pasir Gudang.

Menurut bapa kepada seorang anak lelaki itu, kejadian berlaku pada jam sekitar 3.30-4.30pm. Susulan itu, dia kehilangan putera sulung, Gibran Alfarizqi manakala isterinya kritikal, patah di pelbagai anggota badan.

Kata Aizat lagi menerusi hantaran yang dikongsikan di Facebook, dia terlihat sebuah kenderaan berwarna hitam memotong rapat dengan kereta dari arah bertentangan sehingga pemandu lain mengelak sebelum terbabas dan melanggarnya bersama kereta-kereta lain di belakang.

Aizat turut berharap kepada sesiapa yang memiliki dashcam, tampil kepadanya ataupun Balai Trafik Kota Tinggi sebagai bukti agar tindakan boleh diambil kepada pesalah.

Dalam hantaran yang sama, Aizat meluahkan rasa hiba atas kehilangan permata hatinya. Dia juga sempat mengepilkan sekeping gambar Gibran yang sedang gembira bermain pasir di pantai.
“Lihatlah anak saya, masih kecil, masih belum sempat mengenal dunia. Terlalu singkat waktu beliau bersama ibu bapanya. Terlalu singkat gelak tawa, tangisan dan permintaan dari dia.
“Tapi disebabkan kecuaian dan kelalaian seseorang, dia telah pergi meninggalkan kami. Harta, wang ringgit semua boleh diganti. Tapi, anak saya. Satu-satunya anak saya, tiada ganti nya.” tulis Aizat.
Kecewa dengan perbuatan tidak bertanggungjawab pemandu terbabit, Aizat menggelar individu berkenaan ‘perampas’ nyawa anaknya.
“Awak telah merampas hidup anak saya. Saya harap awak yang menyebabkan kemalangan ini sedar, bertanggungjawab. Lihatlah anak saya yang tak ternilai.
Dia cakap “Gibran happy main pantai dengan mama, papa”. Saat-saat ini, dah tak mungkin kembali ke kami.”.
Dalam pada itu, Aizat khabarkan jenazah Gibran diuruskan dan dibawa pulang ke rumah mereka di Pasir Gudang, Johor pada Ahad kira-kira jam 12 tengah hari.
Memetik portal Harian Metro, kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.
Hantaran  yang tular di laman Facebook

Continue Reading
Advertisement