Dalam kehidupan seharian kita, terkadang akan ada benda pelik yang berlaku yang tidak mampu kita rungkaikan bagaimana ianya terjadi, sebab apa dan mengapa.
Macam kisah yang berlaku beberapa hari lepas dimana seekor kucing berubah menjadi 3 kucing dalam masa yang sangat singkat. Adakah ianya disebabkan oleh ilusi ataupun sebaliknya?
Sama juga dengan kisah yang tular baru-baru ini dimana sebuah video kelihatan sangat aneh apabila ‘muncul’ sosok seorang wanita didalam kereta mencuri perhatian ramai.
Menerusi video yang dimuat naik oleh seorang pengguna TikTok iaitu @fahmiakmal89, kelihatan seorang lelaki sedang merakam satu situasi dimana sebuah kereta terlibat dengan kemalangan jalan raya yang dipercayai berlaku di highway KESAS.
Pada awalnya, video tersebut kelihatan biasa dan tidak ada apa yang pelik namun pada hujung video tersebut video tersebut undang seram ramai apabila muncul kelibat seorang perempuan yang seolah-olah sedang menelefon di dalam kereta tersebut.
Di permulaan video tersebut, dapat kita lihat tiada seorang pun yang berada di dalam kereta tersebut namun macam mana tiba-tiba wanita tersebut boleh berada di tempat duduk bahagian pemandu dan santai menggunakan telefon bimbit?
“ilusi ke apa ni? apasal ada perempuan call dalam kereta? bukan edit, cuba tengok betul2..” katanya di ruangan kapsyen.
Video yang tular di laman TikTok:
Ketika artikel ini ditulis, video tersebut telah meraih 315.4K tontonan, 5611 tanda suka, 80 komen dan 100 perkongsian di applikasi TikTok.
Meninjau di ruangan komen, rata-rata warga netizen akui terkejut dengan kemunculan wanita tersebut yang entah datang daripada pelusuk mana tiba-tiba berada di tepat duduk pemandu.
Dalam masa yang sama, para netizen smpat berfikiran positif dan menyifatkan wanita tersebut mungkin tunduk mengambil barangan yang terjatuh pada awal video tersebut.
Antara komen warga maya:
“dia tunduk ambil phone kot…”
“awal tak nampak pun asal kali kedua tengok ada orang”
“nasib baik tengok dah tengahari”
“kalau ye pun keluar la dulu dari kereta.. kalau aku dah ketakutan..”
“elok pula aku pause keluar tang tu..”