Connect with us

Viral

[VIDEO] “Xkuat tengok abah macam ni,” Telefon Berdering, Rupanya Abah Call No Kakak Yang Dah ‘Pergi’

Berat mata memandang berat lagi bahu yang memikul. Tidak dapat digambarkan bagaimana perasaan ahli keluarga apabila kehilangan ibu dan adik sekaligus dalam nahas di Tasik Lake Resort Serdang baru-baru ini.

Menurut Ketua Polis Daerah Bandar Baharu, DSP Mohd Akmal Hisam Abd Khupur berkata, kejadian itu berlaku pada jam 6.30 petang yang membabitkan mangsa, Hasmah Mat Isa, 69, dan anaknya Noraiza Hashim, 28.

Dua beranak itu dikatakan datang untuk berjogging

Siasatan polis mendapati, kereta Proton Persona itu terdahulu diletakkan di kawasan pakir Tasik Lake Resort. Dua beranak itu dikatakan datang ke tasik itu untuk berjogging.

Difahamkan, mangsa dipercayai tertekan pedal minyak yang menyebabkan kereta itu meluncur masuk ke dalam tasik. Kedua-dua mangsa dipercayai terperangkap dalam kereta sebelum hilang dalam tasik.

Cubaan selamatkan ibunya gagal dan kereta terjunam 

Menurut laporan media lain, Noraiza dikatakan berada di luar kenderaan untuk cuba menyelamatkan ibunya selepas kereta terjunam ke dalam tasik.

Ketika kejadian empat orang awam juga turut membantu menyelamatkan dua beranak berkenaan tetapi gagal.

Mayat dua beranak itu berjaya dikeluarkan dengan bantuan bomba pada jam 8.40 malam, manakala kereta Proton Persona dibawa naik ke permukaan pada jam 11 malam.

Biasanya abah akan ikut sekali tapi tidak semalam

Katanya, adiknya itu adalah anak kelapan daripada 11 adik-beradik dan sangat rapat dengan emak serta bapa, Hashim Ariffin, 74.

“Biasanya abah akan ikut sekali Nor Aiza dan emak menaiki kereta bersama tetapi semalam abah tidak ikut,” katanya ketika ditemui di Unit Forensik, Hospital Kulim di sini, hari ini.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by MUA HANI💛 (@haney__nieza)

Kami sekeluarga redho dengan apa yang berlaku

Haida Apiza berkata, pada mulanya dia dengar ada tiga atau empat orang dalam kereta itu dan saya ingatkan abah ada sekali, berderau darah saya ketika itu malah terus ke lokasi kejadian untuk melihat keadaan yang berlaku.

“Namun hanya adik dan ibu mereka berada dalam kereta itu dan kami sekeluarga redho dengan apa yang berlaku kerana ia berlaku sekelip mata,” katanya.

Menurut Haida Apiza, jenazah adik dan ibunya dihantar ke Jabatan Forensik Hospital Sultanah Bahiyah (HSB) di Alor Setar untuk tindakan lanjut dan dijangka dibawa pulang petang ini untuk dikebumikan.

Si ayah menelofon berkali-kali telefon bimbit arwah anaknya

Menerusi satu  perkongsian di Instagram, adik kepada Allahyarhamah terkejut apabila melihat ada panggilan masuk bertalu-talu ke telefon bimbit arwah kakaknya itu.

Apa yang mengejutkan Haney adalah rupa-rupanya si ayah yang sudah nyanyuk menelefon nombor arwah anaknya itu.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by MUA HANI💛 (@haney__nieza)

Ayah seperti tercari-cari arwah Nor Aiza

Ayahnya kelihatan seperti tercari-cari Nor Aiza yang sebelum ini memang rapat dengan ayahnya itu.

“Memang tak kuat tengok abah macam ni. Petang tadi sebelum arwah mak kakak sampai dia cuba call arwah kakak.”

Aku kuat demi ayahku Ya Allah

“Kebetulan fone arwah hani yang simpan, tiba-tiba ada pangilan hani pun tengok la sapa call.”

“Tengok punya tengok Allah tu nombor fone ayah hani. Tapi yang heran kenapa arwah kakak xsave nombe abah, sedangkan sebelun ni dia save nama abah sayang. Ya allah sesungguhnya aku kuat demi ayahku.”

 

View this post on Instagram

 

A post shared by MUA HANI💛 (@haney__nieza)

Salam takziah kepada keluarga mangsa, semoga mereka sekeluarga diberikan kekuatan dan ketabahan menhadapi dugaan ini.

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.