Connect with us

Viral

Ayah Gigih Main Layang-Layang Demi Hiburkan Anak Terbaring Sakit Buat Ramai Sebak

Kehadiran cahaya mata pastinya akan menambahkan keceriaan dan melengkapkan lagi sesebuah keluarga.

Bila sebut bab anak, sudah pasti setiap ibu bapa menginginkan yang terbaik tidak kiralah daripada segi pembelajaran, pemakanan, pakaian, tempat tinggal yang selesa dan yang paling penting dari segi kesihatan.
Iospital phone repair gombak
Lihat anak demam sikit pun sudah risau, apatah lagi bila melihat mereka terbaring dan dalam keadaan tidak bermaya, sudah pasti luluh hati ibu bapa dan sedaya upaya cuba untuk menggembirakan hati anak.

Sama juga dengan kisah yang tular baru-baru ini dimana seorang ayah ini gigih membuat anaknya gembira mencuri perhatian ramai.

Menerusi video tersebut, dapat kita lihat mereka berada di ruangan menunggu bagi mendapatkan rawatan di sebuah hospital.

Namun apa yang membuatkan ramai tersentuh apabila si ayah dilihat bermain dengan layang-layang dan melakukan gaya yang lucu dengan harapan dapat menghilangkan sejenak sakit yang anaknya sedang alami.


Kelihatan juga si anak yang terbaring di kerusi menunggu dengan cecair IV sambil ditemani si ibu sempat mengukir senyuman ke arah ayahnya yang memcuba sehabis baik membuat anaknya gembira.

Meninjau di ruangan komen, rata-rata warga netizen turut sebak melihat aksi si bapa yang sanggup melakukan apa sahaja demi melihat anaknya tersenyum.

Bukan itu sahaja, netizen turut mendoakan agar anak kepada pasangan ini dikurniakan kesembuhan dan kesihatan yang berpanjangan.

Antara komen warga maya:

“Semoga anaknya diberi kesembuhan, dan kedua orang tua diberi kesabaran oleh Allah SWT”

“Kerana ayah akan rela melakukan apa sahaja demi senyum sang buah hati”


“Bahagianya seorang anak adalah memiliki seorang ayah yang hebat”

“Kasih sayang seorang ayah..”


Video yang tular:

Menjadi seorang ibu bapa bukanlah perkara yang mudah malah perlu menggalas tanggungjawab dan amanah yang amat besar iaitu anak.

Mereka akan melakukan apa yang termampu demi melihat anak tersenyum bahagia, jadi bagi mereka yang masih mempunyai ibu dan ayah, hargailah mereka kerana sesungguhnya pengorbanan mereka dalam membesarkan kita tidak tertanding dengan apa pun.

Continue Reading
Advertisement