Connect with us

Viral

“Ayah muntah paku,” Dalam Gembira, Rupanya Keluarga Adik Fattah Anaz Terkena Buatan Orang

Agak lama tak dengar khabar berita si cilik adik Fattah Anaz yang popular selepas videonya masuk di dalam sangkar kucing pada tahun 2018 lalu.

Rupa-rupanya ada kisah lain yang terjadi dalam kehidupannya sekeluarga.

Bagi anda yang menigkuti laman Instagram Anaz sendiri, bapanya iaitu Mohamad Firdaus telah memuat naik beberapa posting menceritakan perkara yang sedang berlaku dalam keluarganya.

Tidak disangka rupa-rupanya keluarga kecil ini dikatakan telah terkena buatan orang oleh pihak yang tidak bertanggungjawab sehingga membuatkan Firdaus sendiri terlantar dan tidak mampu untuk bangun membuat kerja.

Menerusi salah satu perkongsian, Firdaus ada memuat naik beberapa keping foto menunjukkan dia sedang menjalani perubatan Islam sebagai salah satu cara untuk ikhtiar merawat sakitnya itu.

Malah dalam masa yang sama, Firdaus turut memohon kepada si penghantar itu supaya hentikan perbuatan berkenaan kerana dia masih mempunyai tanggungjawab untuk menjaga keluarga kecilnya itu.

Lebih menyedihkan lagi apabila Anaz juga pernah didatangi mimpi pelik ketika tidur, antaranya ialah dia juga pernah bermimpi didatangi dua orang kanak-kanak untuk bermain dengannya tetapi apa yang membuatkan dia sedih ialah bapanya tidak mempedulikan kehadiarannya langsung.

Sayu hati mendengar kisah mimpi Anaz sehingga membuatkan ada yang turut tumpang sedih melihat keadaan keluarga itu.

“Sedar tak sedar sebenarnya dia mcm paham perubahan yg ketara berlaku. please..
dia nampak mak ayah dia bergaduh teruk.

“Dia nampak ayah dia sentiasa nak sibukkan diri sbb nk sorang sorang. Dia nampak ayah dia jd panas baran. Dia nampak macam-macam.

“Sampai pernah dia mengadu , nampak kelibat ‘hantu’. Kalau ingat , ade video yg dia cerita dia mimpi ular hitam.

“Tapi kami gitu gitu jer. Tak terpikir akan ada manusia yg sanggup buat perkara syirik walaupun macam macam tanda Allah tunjuk kebesaran Dia.

“Tapi takpe. Sakit yg ayah budk ni kena, dia pun x pikir selama ni.. tak layan pun sebab banyak lg hal lain yg positif nak kena pikir.. bukan x sakit.. sakitt.

“Bukan x terseksa , seksa…ntah lah. Yang tahu jer tahu. Pi berubat sane sini duk main kot kot kot jer..

“Dan Alhamdulillah.. dengan izin Allah, semalam pergi nak check mak , skali scan semua.. yg lain x de ape , eh ayah nye kena.

“Takpe.. tak de hal.. mmg awak dah berjaya dah.. mmg jatuh teruk dan nk rebuild balik semua nya mmg makn mase dlam keadaan aku ni lembik.

“Adoi la..nak x nak , dah kena baring mcm org sakit.. itu pn bangun lagi buat itu buat ini.

“Xpe lah.. sy REDHA..tp please.. cukup lah tu. bg lah peluang sy jaga anak sy sampai besar, sampai buat dia BERJAYA”

Rata-rata para peminat mendoakan kesihatan mereka sekeluarga.

 

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.