Seperti yang kita sedia maklum, sesi persekolahan 2023/2024 telah pun bermula termasuklah kanak-kanak yang menyertai sekolah tadika pada peringkat umur 4 hingga 6 tahun.
Ekoran itu, ramai ibu bapa yang merakamkan telatah anak-anak mereka untuk dijadikan sebagai salah satu momen berharga buat mereka.
Sama seperti kisah seorang kanak-kanak ini, berpakaian lengkap sekolah tadika yang dirakam aksinya oleh ibunya.
Namun apa yang membuatkan orang ramai sebak adalah apabila kanak-kanak itu sedang memanggil ayahnya sambil meluahkan perasaan rindu pada ayahnya yang sudah pun dikuburkan di tanah perkuburan.
Menerusi video yang dimuat naik oleh @omokgendut18 di laman TikTok itu, kelihatan anak itu yang mesra dipanggil sebagai Omok, memberi salam pada ayahnya lantas pergi berhampiran dengan pusara ayahnya itu.
“Assalamualaikum, ayah. Omok datang ni,” katanya.
Apabila ibu Omok menyatakan bahawa anaknya itu sempat bercakap dengan gambar ayahnya sebelum ke sekolah, lagilah membuatkan warga maya menitis air mata melihatnya.
“Pagi tadi sebelum pergi sekolah dia cakap dgn gambar ayah dia..”ayah omok nak pergi sekolah ni”.
“Balik sekolah dia ajak jmpe ayah dia..lepas rindu 😇” tulis ibunya di ruangan kapsyen video tersebut.
Di akhir video, Omok sempat meluahkan hasratnya bahawa dia akan kembali lagi melawat ayahnya.
Meninjau di ruangan komen, rata-rata warga netizen meluahkan rasa sebak melihat anak kecil yang kehilangan ayah itu.
Dalam pada itu, ramai mendoakan agar Omok menjadi anak yang soleh dan dipermudahkan segala urusannya.
Antara komen netizen:
“Ya Allah jagakan lah anak ini dlm rahmat dan kasih sygMu. kurniakan sebaik baik kecukupan dan jadikn dia ank yg soleh. Aaminnn. Hugs syg..”
“acik terus leleh air mata dik.. sebaik terus moga jadi anak yg bijak dunia akhirat ye syg 🥺”
“Allah, sedihnya hati tgok anak yg rndukan ayahnya…smga terus kuat ye nak…”
Video TikTok yang tular: