Sebagai seorang anak kita perlulah turut dengan kemahuan ibu bapa bahkan perlu melayan ibu bapa dengan baik. Namun sebagai penjaga, kita sebaiknya tidak membebani anak-anak sehingga masa depan mereka terjejas.
Sama seperti kisah yang tular baru-baru ini dimana seorang anak mendedahkan dirinya dibelenggu rasa serba salah kerana tidak mampu menuruti kehendak ibu bapanya.
Menerusi perkongsian yang dimuat baik oleh @Fedtriyahya di laman Twitter, wanita berusia 24 tahun yang diminta untuk tidak mendedahkan nama accountnya mengatakan dia sedang buntu dengan masalah yang dihadapi.
Difahamkan, ayah kepada wanita berkenaan mahu dirinya untuk bersama-sama membuat pinjaman peribadi bagi membeli sebuah rumah, namun harganya tidaklah murah seperti yang disangka.
“I anak perempuan umur 24 tahun, baru 7 bulan kerja, salary around 6K.. ada plan nak kahwin tahun depan”
“I nak tanya salah ke i as anak taknak join loan dengan my dad beli rumah condo RM550K untuk 3 bilik monthly RM3100 bahagi 2 around RM1550 sorang tak termasuk bills”
“I masih belum habis bayar PTPTN dan i takde loan apa-apa lagi”
Bukan itu sahaja, dia juga sedih kerana di cop ‘anak tak guna’ kerana tidak dapat membantu ibu bapanya.
“I sampai sekarang kena cop anak tak guna sebab taknak tolong parent dapatkan rumah yang dia nak tu” tambahnya.
Meninjau di ruangan komen rata-rata warga netizen memberikan pandangan masing-masing mengenai isu tersebut malah ada yang menasihatkan wanita ini agar tidak bersama membuat pinjaman untuk rumah tersebut.
Netizen juga berharap agar wanita ini fikir baik buruk terlebih dahulu dan berbincang secara baik dengan ibu bapa.
Bukan itu sahaja, netizen turut memberi pandangan agar ibu bapa tidak membebani anak dengan memaksa mereka menanbah hutang pada umur yang masih muda dimana dia masih memerlukan pelbagai jenis komitmen kelak.
Antara komen warga maya:
Perkongsian yang tular di laman Twitter: