Anak-anak kecil sememangnya mempunyai gelagat mereka masing-masing malah adakalanya telatah mereka juga sering mencuit hati dan membuatkan ramai terhibur. Manakan tidak, perangai yang panjang akal dan tidak dijangka itu boleh menjadikan ibu dan ayah naik pening melihatnya.
Sama juga seperti kisah yang tular baru-baru ini dimana seorang kanak-kanak perempuan menangis kerana rambutnya tersangkut dengan sikat mencuri tumpuan ramai di platform media sosial.
Menerusi sebuah video yang dimuat naik oleh seorang pengguna TikTok @babyaira212, memaparkan seorang budak perempuan yang sedang menangis teresak-esak malah kelihatan rambutnya juga terbelit tali belon serta cawan sambil mengadu tentang perkara tersebut kepada ayahnya.
Dalam rakaman berkenaan, ayahnya juga sengaja menyakat dan mengatakan anaknya itu sudah boleh ‘terbang’ ke syurga dengan keadaan sebegitu. Bukan itu sahaja, apa yang lebih menarik perhatian warga maya adalah gelagat panik budak perempuan ini apabila mendengar guraun bapanya.
Walau bagaimanapun, ayahnya turut cuba memujuk cahaya matanya agar tidak menangis malah turut bergurau untuk menakutkan-nakutkan tidak mahu membuka ikatan tersebut.
Meninjau di ruangan komen, rata-rata warganet juga terhibur dengan gelagat budak perempuan itu yang menangis kerana sikat, tali belon serta cawan tersangkut di rambutnya. Malah mereka turut berdekah apabila mendengar gurauan bapanya yang mengatakan dia akan terbang ke syurga.
Bukan itu sahaja, ada yang berkongsi cerita dimana mereka turut mempunyai situasi yang sama dengan perangai budak ini semasa mereka kecil dahulu.
Antara komen warga maya:
“hahaha…time kecil aku pun pernah begitu tu, kasi pusing-pusing sisir…adui lucu…”
“kalau sikat ngan belon tu boleh bincang lagi…yang cawan tu buat apa situ…”
“HAAHAHA nah dek kena guntinglah tu rambut kau…”
“cute bah…dulu masa kecil pun pernah ni sisir tersikat di rambut…”
“HAHHAHAHA ” kau boleh pergi syurga” HAHAHAHA ADUH LETIH LH”
Perkongsian yang tular di laman TikTok:
Ketika artikel ini ditulis, video tersebut telah meraih 3.8m tontonan, 404.2k tanda suka, 18.7k komen, 25.3k simpanan, 15.8k perkongsian di laman TikTok.