Terdahulu pernah viral sebuah video dimana seorang bapa mendodoikan anaknya dengan lagu yang memerli isteri bermain telefon nyata mengundang dekah ramai.
Tidak dinafikan, memang ada sahaja idea spontan si bapa ketika menjaga anak bahkan terkadang tak tercapai dek akal.
Jika anda biasa mendengar kumpulan marhaban selawat di majlis cukur jambul bayi, sudah tentu anda mengenali tone suara mereka yang nyaring malah diiringi bih 10 orang wanita dan lelaki yang berumur
Sama juga dengan kisah yang tular baru-baru ini dimana gelagat seorang lelaki mendodoikan anaknya mencuri perhatian ramai.
Menerusi video yang dimuat naik oleh seorang pengguna TikTok iaitu @_erinn1797, kelihatan lelaki itu sedang mendodoikan anaknya di dalam buaian di ruang tamu rumah.
Pun begitu, apa yang mengundang dekah ramai, lelaki itu berselawat seperti kumpulan marhaban di majlis cukul jambul.
“Dah jiran-jiran ingat ada majlis cukur jambul dekat rumah,” ujar perakam yang dipercayai sepupunya.
Meninjau di ruangan komen, rta-rata warga netizen terhibur dengan alunan selawat lelaki tersebut malah ada yang akui anak zaman kini sememangnya tidak suka didodoi dengan cara yang lembut dan suara yang perlahan.
Budak-budak sekarang memang nak suara ketua marhaban macam ni baru tidur. Kalau suara kepit tak tidur-tidur” – Netizen
Bukan itu sahaja, ada juga yang berseloroh mengatakan pasti jiran satu taman akan pelik kenapa ada majlis akikah di rumahnya sehingga berhari-hari lamanya.
Antara komen warga maya:
“Pasang speaker sebiji macam kenduri aqiqah”
“Nie bukan anak nye yang tido.. semua yang dengar ikut tido”
“Ni kalau duk taman ni memang jiran pelik kenapa rumah hari hari ada marhaban”
“Kompom cerah je mata budak tu”
“Sekurang nya suami dah ada geng, stress kalau suruh dia tido kan anak, bukan tido budak tu..”
“Suara macam makcik marhaban yang ketua dia tu”
Video yang tular di laman TikTok: