Bila tiba musim persekolahan, pasti ramai antara pelajar sudah menyediakan barangan keperluan untuk ke sekolah, beg baru, kasut yang siap berkapur, baju baru dan sebagainya kerana penampilan yang baik dan kemas dapat memberi semangat yang luar biasa untuk ke sekolah.
Bagaimanapun baru-baru ini pernah tular dimana seorang guru secara tidak sengaja menyedari seorang murid bernama Jebat yang penampilannya agak tidak kemas ekoran memakai baju bersaiz besar dan labuh sehingga ke paras lutut.
Menerusi video pendek yang dikongsikan di laman TikTok @cikgu_farrah, kelihatan guru yang dikenai sebagai Farah Norashikin itu membantu Jebat untuk merapikan penampilannya ekoran ayahnya tersilap membeli baju saiz XL dan tidak sempat menukarnya semula di kedai.
Namun siapa duga, disebalik video yang tular itu tersirat sebuah cerita yang mampu mengusik hati ramai dimana rupa-rupanya ibu kepada Jebat telah pun meninggal dunia akibat pandemik C-19 beberapa bulan yang lalu.
Difahamkan kini Jebat, abang dan kakaknya tinggal bersama-sama dengan nenek mereka oleh kerana ayahnya bekerja sebagai pemandu lori.
Video yang tular di laman TikTok:
Ketika artikel ini ditulis, video tersebut telah meraih 1.8 Juta tontonan, 126.8K tanda suka, 6675 komen dan 4861 perkongsian di applikasi TikTok.
Meninjau di ruangan komen, rata-rata warga netizen sebak melihat keadan murid tersebut yang masih terkapai-kapai untuk berdikari dan membiasakan diri dengan ketiadaan ibunya.
“Hilang bapa umpama hilang dapur. Tapi kalau hilang mak umpama hilang satu rumah..”- Netizen
Bukan itu sahaja malah para netizen juga berterima kasih kepada guru tersbut yang membantu adik Jebat untuk merapikan pakaiannya agar terlihat kemas seperti pelajar yang lain.
Berikut merupakan komen daripada warga maya:
Benarlah, Rindu yang paling dalam adalah rindu kepada insan yang telah berpindah ke negara abadi. Rindu yang tidak ada penghujungnya.
Namun, ketetapan hakiki, jodoh, ajal dan maut di tangan tuhan. Kita sebagai hambanya perlu menerima dengan hati yang terbuka kerana tiada siapa yang mampu menidakkan takdir Allah. Semoga adik ini terus kuat dan tabah dalam menjalani kehidupan seharian.