Bagi pasangan yang beragama Islam mengazankan dan mengiqamatkan bayi adalah sunnah yang dianjurkan Nabi Muhammad SAW.
Bayi yang sudah dibersihkan daripada segala lendiran dan darah dari perut ibu biasanya akan diserahkan kepada bapanya atau wakil keluarga lelaki untuk diazankan bagi bayi yang baru dilahirkan itu.
Pun begitu, lain pula ceritanya dengan kisah yang tular baru-baru ini dimana seorang isteri sempat merakamkan detik lucu dimana si suami tersilap baca mencuri perhatian ramai.
Menerusi sebuah video yang dimuat naikoleh seorang pengguna TikTok iaitu @vickyjackson200, kelihatan si ayah sedang memegang bayinya yang baru sahaja dilahirkan dan sedia untuk diazankan.
Pun begitu, apa yang membuatkan orang ramai berdekah adalah si ayah yang dengan spontan melaungkan takbir raya di telinga anaknya sekaligus dimarahi oleh isterinya kerana tidak dapat membezakan azan dan takbir raya.
Menerusi sebuah lagi video, si suami yang sedang mendukung bayi itu dibawa oleh isteri ke masjid bagi menghafal launagan azan. Suami dengan pasrah duduk di hadapan masjid sambil memikul beg dan anaknya.
Apa yang lebih melucukan adalah, si isteri sempat berseloroh meminta suaminya itu agar tidak buat malu dan hanya membenarkan suaminya pulang ke rumah setelah menghafal laungan azan.
Video yang tular di laman TikTok:
Ketika artikel ini ditulis, video tersebut telah meraih 6.2M tontonan, 357.6K tanda suka, 12.3K komen dan 14.8K perkongsian di applikasi TikTok.
Meninjau di ruangan komen, rata-rata warga netizen terhibur melihat gurauan pasangan suami isteri ini dan berseloroh dengan menyakan sama ada lelaki tersebut sudah bleh pulang ke rumah ataupun tidak
Bukan itu sahaja, malah para netizen kagum dengan intonasi suara yang lembut dan cara si isteri menegur sang suami untuk mengahafal laungan azan.
Berikut merupakan komen warga maya: