Tiada ribut tiada petir, pasangan pelakon terhebat Ellie Suriaty dan Azri Iskandar sah bercerai talak pada bulan Mei yang lalu. Selepas beberapa bulan berpisah, Azri Iskandar didakwa sudah mengikat tali pertunangan dengan seorang penulis skrip, komposer dan novelis bernama Dr Azra Diera Abdul Hamid tapi identiti dan maklumat wanita berkenaan masih belum diketahui. Malah, ada yang mengatakan pelakon ini dalam ‘love scam’ seperti dakwaan segelintir pihak.
Terbaharu, bekas isteri Ellie Suriati atau nama penuhnya Ellie Suriaty binti Omar mengakui anak-anak mereka bimbang dengan bekas suaminya Azri Iskandar yang sering terpalit dengan dakwaan terkena ‘love scam’ itu.
Memetik laporan Berita Harian Online, Ellie menjelaskan bahwa anak-anaknya risau dengan bapanya kerana sudah berpuluh tahun berada dalam industri dan pernah melalui fasa yang sukar sebagai seorang pelakon.
“Saya bimbang sebab ia membabitkan kerisauan anak-anak juga. Mereka risau sebab sudah bina kerjayanya sekian lama, berpuluh tahun dan sudah melalui fasa jatuh ketika filem Leftenan Adnan. Saya tidak boleh cakap banyak sebab sudah menjadi orang luar dalam hidupnya. Dahulu, saya duduk dengan Azri, bercakap dan menyelesaikan masalah.”
“Namun, sekarang saya adalah orang luar, saya tak boleh buat sebegitu. Azri juga sudah ada insan lain dalam hidupnya.Tetapi, anak-anak tetap ada hak untuk memeriksa kerana ia berkaitan dengan bapa mereka. Takkan pula saya tidak menghiraukan apabila anak-anak bercakap mengenai bapa mereka,” katanya.
Walaupun sudah berpisah, pelakon Ellie Suriaty setiasa mendoakan kebahagiaan buat bekas suaminya itu. Malah, sebagai seorang ibu dia tidak mahu mementingakan diri dan masih mengambil berat dengan luahan hati anak-anaknya.
“Saya tak mahu kembali pada Azri, tetapi saya melakukan ini untuk kebaikan anak-anak. Kami sudah berpisah, tetapi saya tidak mahu Azri diperdayakan. Bukan selepas berpisah saya mahu ‘padankan’ muka Azri apabila diperdayakan. Saya hidup selama 19 tahun dengan Azri, pastinya saya ada perasaan simpati.”
“Walaupun bercerai, saya tidak mahu hidup Azri jahanam. Azri nak kahwin, saya doakan yang terbaik dan mendapat wanita lebih baik dari saya. Sebab saya tidak sempurna, banyak kekurangan, tetapi saya terima kekurangan itu,” ujarnya.