Sebelum ini, pelakon Azri Iskandar yang juga merupakan bekas suami kepada Ellie Surianti ini telah memaklumkan bahawa dia sudah tidak mahu lagi menggunakan nama Azri Iskandar sebaliknya ingin dikenali dengan nama yang lain.
Menurutnya, nama asalnya itu sering dikecam netizen dan nama terbaharunya itu lebih bersifat komersial dan mampu membantu menempatkan dirinya di pasaran antarabangsa.
Terbaharu, hasratnya yang ingin menukar nama terpaksa dilupakan di atas sebab tertentu oleh kerana anak-anaknya tidak bersetuju dengan penukaran nama Azri Alexander.
Pelakon senior ini telah memohon maaf kepada umum kerana gagal menukar nama atas menghormati keputusan anaknya.
“Anak-anak saya marah saya nak tukar nama. Jadi, saya tukar baliklah kepada nama Azri Iskandar dan tak jadi guna nama Azri Alexander. Saya minta maaf pada semua.” katanya.
Memetik laporan Getaran, dia mengakui kesilapnnya kerana tidak berbincang hal berkenaan dengan anak-anaknya. Tambahnya, Azri turut merasa sedih dan terkilan kerana dimarahi anak lelakinya, Azrell.
“Saya kalau anak-anak tidak setuju, saya tidak boleh buat dan silap saya juga sebab tidak berbincang terlebih dahulu dengan anak-anak tentang hal ini.”
“Yang marah saya sangat tukar nama ni anak saya, Azrell Omar Iskandar (Ayel). Sedih betul saya.Dia cakap nama Azri Iskandar tu dah okey dah. Kalau pun nak go international, tidak ada salahnya pakai nama tersebut.”
“Lagipun dia kata, dia dah mula berkecimpung dalam bidang perfileman, takkan dia nak letak namanya sebagai Azrell atau Ayel Alexander.”
“Saya cakap nama saya tetap Azri Iskandar. Cuma, Azri Alexander itu digunakan untuk kerjaya lakonan sahaja. Tapi, dia tidak boleh terima. Sebab itu, saya ambil keputusan untuk gunakan semula nama Azri Iskandar,” ujarnya lagi.
Walaubagaimanpun, dia tidak tahu bagaimana penerimaan warga industri seni perfileman jika dia mengambil keputusan menukar nama kepada Azri Alexander itu beberapa hari lalu.
“Kalau orang industri, mungkin orang mereka tak kisah kot. Sebab, bukan menaikkan atau menurunkan pembayaran mereka pun,” tambahnya lagi.