Connect with us

Viral

Baby Usia 3 Bulan Dah Nak Dapat Adik, Ibu Muda Tak Sedar Dah Hamil 2 Bulan

Anak merupakan anugerah terindah sekaligus amanah yang Allah berikan kepada setiap pasangan ibu bapa.

Tiada apa yang lebih menggembirakan hati pasangan suami isteri selain dikurniakan cahaya mata. M

alah, kehadiran anak itu, sering dianggap pelengkap kebahagiaan dalam rumah tangga.

Namun, tak semua pasangan diberikan ‘rezeki’ untuk hamil sejurus selepas kahwin (bunting pelamin) dan terdapat pasangan yang perlu menunggu bertahun-tahun dan melakukan pelbagai ‘alternatif’ sebagai solusi.

Lain pula ceritanya dengan wanita ini dimana dia berkongsi kisahnya yang mengandung lagi walaupun anak bongsu baru saja berusia tiga bulan telah mencuri tumpuan.

Menerusi video tersebut, dia difahamkan baru saja melahirkan anak bongsunya tiga bulan lepas.


Namun apa yang buat orang ramai terkejut, apabila dia memberitahu rupa-rupanya hadir seorang lagi penghuni di dalam rahimnya sejak dua bulan lalu.

“Korang tolong tengok sampai habis, jangan kecam saya tau. Tahun depan masuk bilik bersalin lagilah jawabnya,” katanya.


Video yang tular di laman TikTok:

@asma_mekthai29 #fypシ #viralditiktok2021 ♬ suara asli – shintamiumiu

Ketika artikel ini ditulis, video tersebut telah meraih 441.0K tontonan, 23.7K tanda suka,1731 komen dan 693 perkongsian di TikTok.

Meninjau di ruanga komen, rata-rata netizen mendoakan yang terbaik buat dirinya dan anak yang bakal dilahirkan.

Namun dalam masa yang sama ada juga yang menyuarakan pendapat dimana menyatakan seeloknya biarkan anak membesar dahulu baru merancang anak seterusnya.

Luka belum sembuh, fizikal mental boleh terganggu

“alhamdulillah rezeki.. bestnya subur..”

“baby 3 bulan.. sedar pregnant 2 bulan lebih.. berapa hari berpantang.. tua esok macam2 masalah rahim..”

“asalkan maknya dengan baby dalam kandungan sihat.. positifkan diri.. pekakkan telinga..”

“berani eh.. sy baru 2 bulan bersalin, jangan kata nak mengandung, nak bersama pun tak gamak”

janji bersih nifas

“Aku punya takut nak bersama dok terkenang di jahit hidup2 tu”

“kalau normal takpe, czer menangis kena membebel dengan doc”

“tapi rezeki, terima dengan seikhlas hati”

 

Walau bagaimana pun, kalau dah rezeki, hendaklah kita menjaga anugerah Allah dengan sebaik mungkin. Semoga semua pejuang garis dua ditiupkan malaikat kecil dalam rahim bagi pelengkap sesebuah keluarga.

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.