Connect with us

Viral

Baca Maps Sekali Imbas, Wanita Hairan Macam Mana Lelaki Boleh Cepat Hafal Jalan

Penggunaan aplikasi peta seperti Maps dan Waze sangat penting terutama sekali apabila kita melancong ke negeri orang.

Iospital phone repair gombak

Aplikasi sebegini bukan sahaja dapat menjimatkan masa dan mempercepatkan kita sampai ke destinasi, tetapi dapat mengelakkan kita daripada tersesat.

Pun begitu, tak semua orang mahir menggunakan arah digital lagi-lagi kaum perempuan. Malah, susah bagi mereka untuk menghafal jalan. Oleh itu, penting juga ditemani kaum lelaki ketika berjalan untuk membaca arah.

Persis kisah wanita di TikTok ini yang merakam suaminya sedang meniliti arah jalan di aplikasi Maps, membuatkan ramai kagum!

Menurut pemilik video, @jihahrosli1, dia turut hairan bagaimana kaum lelaki mudah untuk memahami selok-belok jalan, tak sepertinya.

“Macam mana boleh faham jalan semudah itu?” tulis pengguna TikTok itu menerusi video yang dikongsikan.

Lebih mengujakan, suaminya yang dilihat menunggang motosikal berhenti seketika di tepi jalan untuk melihat laluan di map sebelum meneruskan perjalanan.

“Macami tu je baca maps, know know sampai je. Saya tengok Waze pun boleh sesat”, tulisnya lagi di ruangan kapsyen.

Sejak rakaman ini dimuat naik, ianya berjaya mengutip jumlah tontonan sehingga 685.1 ribu manakala meraih sebanyak 50.5 ribu tanda suka!

Ketika meneropong ke ruangan komen, rata-rata yang komen adalah kaum lelaki, menjelaskan bagaimana mereka boleh tahu selok belok jalan dengan cepat.

Berikut antara komen-komen yang diberikan oleh netizen di TikTok

“sebab kami sentiasa clearkan memori otak..tak perlu nak kena ingat makan apa 4 tahun lepas..tak perlu ingat pakai apa 5 tahun lepas😂”

“Kita cuma ingat .. berapa simpang nak kena belok .. ingat berapa Petronas Akan lalu .. landmark penting .. settle baru gerak ..”

“Pakai earphone lepastu dengar jela dia suruh belok mana”


“mungkin dipasar raya kitaorng slow tetapi tidk di atas jalan raya”

“suami sy pun mcm ni..die bukak location dlu, tgok pap pap pap , ok faham.. jalan…. eh smp 😂”

“Ez jer sebnarnye.. cuma hafal and tngok ada berapa bnyak simpang kiri and kanan.. dah ok gerak🥰”

Video yang tular di laman TikTok

@jihahrosli1 Macam tu je baca maps, know know sampai je. Saya tengok waze pun boleh sesat😮‍💨 #fypシ ♬ Collide (sped up) – Justine Skye

Continue Reading
Advertisement