Ayu Abas, isteri kepada penyanyi Tomok, memberitahu dimana beliau telah menjahit sendiri beg dari lebihan kain perca untuk bekal makanan ke sekolah anaknya, Arrian Shah Akid.
Menurutnya, beg itu diberikan kepada Arrian kerana anaknya sering cuai kerana masih baharu hendak menyesuaikan diri dengan alam persekolahan yang kini berada dalam darjah satu.
“Alhamdulillah dapat gak Dibu (Ayu) buatkan lunch bag dari serpihan kain perca…bukan Dibu kedekut…tapi disebabkan his carelessness dan masih lagi dalam environment menyesuaikan diri di sekolah.
“So Dibu upgrade dari paperbag, Dibu buatkan beg yang sama saiz cuma tambahan tali supaya senang Arrian nak bawak….tupperware pun yg RM2 je..kalau tinggal ke hilang ke tak la ralat…
“Jangan hilangkan tau…tapi kalau hilang gak Dibu jahit lagi…tapi insyaAllah Dibu tau Arrian responsible…” tulisnya.
Ayu berkongsi perkara tersebut di akaun Instagram miliknya.
Posting tersebut mendapat perhatian pengikut IGnya yang rata-rata memuji cara Ayu menyelesaikan masalah anaknya yang sering hilang barang.
Malah tidak kurang juga memuji Ayu kerana pandai menjahit beg sekolah itu sendiri.
Selain Arrian, Ayu dan Tomok turut dikurniakan seorang lagi anak lelaki bernama Andrashah Iman.
Tomok dahulunya sangat popular dengan kumpulan New Boyz pada tahun 90-an dimana kumpulan mereka menjadi pujaan para remaja terutamanya wanita.
Kini Tomok telah menjadi penyanyi solo elepas menjuarai One In A Million (OIAM) musim ketiga sekali gus meraih RM1 juta pada 1 Mei 2009.
Penyertaan Tomok dalam musim ke-3 OIAM menjadi liputan meluas penggemar muzik tempatan.
Ini kerana Tomok dilihat sudah hilang dari industri dan kemudian secara mengejut muncul dalam program realiti untuk turut bertanding dengan bakat-bakat baru dalam bidang nyanyian.
Peluang yang diberikan digunakan oleh Tomok sebaik mungkin. Hari demi hari, minggu demi minggu, Tomok berjaya membuka sedikit ruang untuk diterima dan bakatnya itu diiakan oleh pengkritik tetap program itu Shafinaz Selamat dan Paul Moss begitu juga dengan rakyat Malaysia.
Nama Tomok menjadi sebutan sebagai peserta yang menonjol dan mampu membuat kelainan pada setiap persembahan yang dilakukan setiap minggu.
Kebolehan Tomok memberi persembahan yang bertenaga dan memberi suntikan segar untuk setiap lagu yang dia tukar cara penyusunan untuk setiap lagu sering menjadi pujian dari pihak juri mahupun penonton.
Minggu demi minggu Tomok lalui setiap cabaran dengan sabar dan tekun sehinggalah ia membawa Tomok ke peringkat akhir pertandingan itu, bersama Esther dan Aweera.
Tomok membawakan lagu Hanya Kau Yang Mampu (Aizat) dan Rindu Terhenti yang merupakan lagu baru ciptaan Aubrey Suwito dan lirik ditulis oleh Tinta S.
Ternyata Tomok meraih undian SMS tertinggi 39.3 %, Esther 33.29 % dan Aweera 27.41 %. Tomok berjaya menjadi artis pertama dan peserta lelaki pertama yang berjaya menjadi Juara OIAM.