Connect with us

Viral

Bagi Duit Raya Dekat Rider Foodpanda OKU, Gadis Buat Ramai Sebak

Kalau kita rasa diri kita susah, percayalah masih ramai lagi di luar sana yang lebih susah hidupnya berbanding kita.

Namun seperti yang kita tahu, orang Malaysia memang tak pernah lokek dalam menyumbang wang ringgit.

Nampak saja orang yang memerlukan, tidak kira warna kulit, jantina mahupun umur, pasti akan dibantu.

Sama seperti kisah yang dikongsikan oleh gadis bernama Syafiqah ini apabila ternampak seorang rider Foodpanda yang kelainan upaya di sebuah restoran makanan segera.

Menurut Syafiqah, dia dan ibunya yang singgah di McD ternampak lelaki yang menyarungkan seragam Foodpanda di situ. Mungkin mengambil pesanan pelanggan.

Disebabkan tak sampai hati melihat rider yang gigih bekerja pada hari raya dengan keadaan fizikalnya begitu, ibu gadis ini memanggilnya dan menghulurkan duit raya.

Rupa-rupanya bukan ibu Syafiqah sahaja yang sudi memberikan duit raya kepada lelaki yang kekurangan upaya pada bahagian tangan itu, malah dilihat ramai lagi yang ingin menghulurkannya duit raya!

Sebelum beredar, Syafiqah turut mendoakan agar lelaki itu sentiasa dimurahkan rezeki hendakNya.

Walaupun belum sampai tempoh 24 jam video ini dikongsi, ianya berjaya mengumpul tontonan sebanyak 461.5 ribu dan 77 ribu tanda suka!

Video yang tular di laman TikTok

@syafiqahixora Jaga diri abang foodpanda #fyp ♬ Mungkin Hari ini Esok Atau Nanti Cover by Ray – Ray

Menjengah ke ruangan komen, rata-ratanya terharu melihat situasi tersebut. Netizen turut berterima kasih kepada keluarga gadis ini kerana sudi membantu rider yang kurang upaya itu.

Berikut antara komen-komen yang diberikan oleh netizen di TikTok

“terkadang pemberian yang kecik dimata kita, besar maknanya untuk dia. dan besar juga pahalanya.”

“nooo, im crying ”

“terima kasih orang baik! ”


“baiknyaa semua orang naik kereta axia nii”

“u have a big heart. god bless you.”

“best kalau org malaysia semua mcm ni”

“Best weh hidup in this environment Malaysia is the best ”

“yezz it took only 1 person for others to follow may God bless yall <3”

“made my day ”

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.