Connect with us

Viral

“Bagi je, dia bukannya tau pun” Nasib Pandai Bahasa Mandarin, Tauke Kedai Kantoi Tipu Gadis

Umum kita tahu, kita perlulah tanamkan kejujuran dalam apa sahaja urusan berniaga termasuklah jual beli secara dalam talian (online).

Perkara utama yang penting ialah kedua-dua pihak sama ada penjual atau pembeli mestilah bersikap dengan jujur.

Kejujuran akan menjadikan jual beli berlangsung dengan baik dan memuaskan setiap pihak.

Malah dalam perniagaan, anda perlu melihat keuntungan di jangka waktu panjang, dan bukannya jangka waktu pendek.

Sekiranya melihat keuntungan waktu pendek, disitulah terjadinya kes-kes sebegini dan seringkali kita mendengar ada peniaga yang mengambil kesempatan ke atas pembeli yang tidak tahu lenggok bahasa yang dituturkan oleh peniaga.

Pelancong luar antaranya juga menjadi mangsa peniaga yang mengenakan harga yang tinggi pada satu-satu barang.

Sama juga dengan video yang tular baru-baru ini dimana seorang gadis hampir ditipu oleh penjual mencuri perhatian ramai.

Difahamkan, wanita ini pergi ke sebuah kedai untuk membeli cat litter jenis ‘pasir’ untuk kucing peliharaanya yang baru sahaja menjalani pembedahan.

Namun, Ketika ditanya mengenai jenis cat litter yang dimaksudkan, wanita ini terdengar perbualan antara pekerja dan pemilik kedai itu yang berbual dalam bahasa Mandarin.

Pemilik kedai itu mengatakan jenis cat litter yang dimaksudkan gadis itu tiada dan meminta pekerjanya mengambil berdekatan clay litter dengan sangkaan gadis ini tidak tahu apa-apa.

Bagaimanapun, taktik mereka untuk menipu akhirnya terbongkar apabila wanita ini rupa-rupanya mengerti bahasa mereka dan menjawab dngan bahasa Mandarin.

Wanita ini memaklumkan dia mendapat tahu pekakasan tersebut tidak sesuai dengan kucing dan boleh menyebabkan kecederaan. Mendengar gadis ini boleh berbahasa Mandarin, pemilik kedai itu meminta maaf.

“Reaksi auntie itu terkejut gila. Kau bayangkan kau nak tipu someone itu and then someone itu tahu bahasa kau. Memang terkejutlah. Auntie terus minta maaf dan dia tanya macam mana boleh bahasa Mandarin.”

“Aku sempat tegur dia kalau nak berniaga itu kenalah jujur. Kalau barang itu tak ada, jawablah tak ada”

“Ramai yang suruh expose nama kedai tapi sorry saya tak nak beritahu kedai itu sebab kedai tu baru buka sebenarnya. Baru buka dalam dua minggu dan stok tidak banyak,” katanya lagi.

Video yang tular:

@myrisdaughterlepas dengar tu terus dia minta maaf and kitorg kluar macam tu je😤 sakit hati♬ original sound – jalwaamyris – myrisdaughter

@myrisdaughter Reply to @rosessrosie_ ♬ original sound – myrisdaughter

@myrisdaughter Reply to @ahhmoii ♬ original sound – myrisdaughter

Ketika artikel ini ditulis, video yang berdurasi 1 minit 3 saat itu telah pun meraih 1.5 tontonan, 182.4K tanda suka, 2585 komen dan 1390 perkongsian di TikTok.

Meninjau di ruangan komen, rata-rata netizen turutkecewa dengan sikap penjual yang menipu ketika urusan jual beli. Dalam masa yang sama ada juga warga netizen yang mengatakan bahawa pentingnya kita untuk mempelajari bahasa lain selain bahasa ibunda.


Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.