Seperti yang kita sedia maklum, ada pelajar yang bekerja sambilan demi meneruskan kelangsungan hidup mereka sepanjang tempoh belajar.
Difahamkan, ramai juga pelajar yang memilih untuk bekerja sebagai penghantar makanan kerana boleh mengatur jadual mereka sendiri.
Baru-baru ini, tular mengenai sebuah hantaran yang mengisahkan seorang guru yang menceritakan pengalamannya bertemu dengan seorang pelajar yang bekerja sebagai penghantar makanan telah mencuri perhatian warga maya.
Menerusi hantaran yang dibuat oleh guru sekolah berasrama yang bernama Mohamad Yusof Sulehin itu, dia mengisahkan mengenai pelajar tersebut yang bersusah payah demi mencari wang saku.
“Tadi saya makan kat sebuah kedai. Sampai je kat dalam tu saya jumpa anak murid saya tengah makan. Habis makan dia jumpa saya salam cium tangan.
“Sembang dia beritahu kerja bawa Grab sekarang, Alhamdulillah rezeki tak pernah putus dia kata. Cukup makan pakai sekeluarga,” tulisnya.
Dikatakan, guru tersebut bagaimanapun tidak menjelaskan sama ada penghantar makanan itu masih belajar ataupun sudah menamatkan pengajian.
Berdasarkan hantarannya itu, dia dipercvayai telah memberikan sejumlah wang kepada pelajar berkenaan sebagai tanda belas ihsan.
Walau bagaimanapun, pelajar itu memberikan reaksi yang tidak terjangka.
“Saya hulur duit sikit kat dia, dia kata tak apa cikgu. Dia suruh saya doakan dia. Habis saya makan, masa nak bayar cashier bagitau, Bang, budak Grab tadi dah bayarkan.
“Allahuakbar, mungkin ini antara asbab rezeki budak tadi tak pernah putus. Dia mungkin tak kaya harta tapi dia ‘kaya’ budi bahasa dan ‘kaya’ budi pekerti.
“Moga Allah murahkan rezeki anak murid saya ni dunia akhirat,” luahnya.
Menjengah di ruangan komen, rata-rata warganet kagum dengan pendirian anak muda tersebut dan ada yang menitipkan doa buat pelajar itu serta guru tersebut.
Antara komen netizen:
“Alhamdulillah,,terbaik ank murid dan cikgunya,,mga dirahmati Allah selalu”
“Alhamdulillah, anak yang terbias dgn akhlak yang baik dari persekitaran didikan dan pemerhatian kalangan guru, rakan dan keluarga yg baik-baik”
Hantaran Facebook yang tular: