Connect with us

Semasa

“Baju Melayu percuma untuk Frontliners!” Terpaksa Tutup Butik, Wak Doyok Lelong Serendah RM1

Personaliti fesyen dan pelakon Wak Doyok telah mengumumkan akan menutup butik miliknya yang terletak di Starvilion, Shah Alam setelah tiga tahun beroperasi.

Di dalam perkongsian di laman Instagram, Wak Doyok atau nama sebenarnya Mohd Azwan Md Nor terpaksa mengambil keputusan itu setelah melalui fasa yang mencabar ketika ini.

Sedih 70 orang terpaksa diberhentikan

Sedih rasa di hati tapi Wak kena kuatkan semangat demi 70 orang adik yang bekerja dengan Wak selama 3 tahun di @starvilion.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Wak Doyok (@wakdoyok) on

Susah bila keadaan terus menduga macam ni. Wak nak bagi perintah tutup company pun sedih, tak sampai hati. Tapi Wak minta mereka try sekali lagi, jualan yang terakhir dari @starvilion khas untuk pelanggan yang tak jemu2 sokong @starvilion selama ini.

Koleksi yang kami ada semua memang elok & cantik. Wak terpaksa lelong semua ni! Jadi Wak mintak semua please share dan support post ni, please dan thankyou.

Lelong serendah RM1

24hb Jun – 5hb Julai ni, @starvilion akan clear kan semua stock yang ada, lelong serendah RM1! Wak pun akan sedekahkan 5 ribu pasang Baju Melayu Wak Doyok secara PERCUMA di butik @starvilion dan di website www.starvilion.com.

Kepada Frontliners, jangan lupa datang bawa ID masing masing, ada special rate untuk anda semua dapatkan Baju Melayu secara percuma.

Jualan terakhir Starvilion, Bismilah. Kita tutup dulu, nanti inshaAllah kita akan bangkit semula dengan direction yang baru. InshaAllah. Doa doa kan Wak dan team @starvilion.

By the way, tag 11 kawan awak kat comment ni, Wak nak bagi Baju Melayu 11 pasang free untuk followers Wak yang sanggup share post ni, viralkan. Wak akan umumkan pemenang random setiap hari mulai 24hb Jun sehingga 5hb Julai.

Starvilion tutup sedih

Keputusan sudah Wak & team buat. Jadi terimalah SHUTDOWN SALE di @starvilion mulai esok hingga 5 Julai 2020. Takpe doa kan Wak dan team bangkit semula nanti, InshaAllah.

Untuk esok, ada bermacam-macam harga combo terbaik yang kami dah sediakan untuk para pelanggan esok! Selain dari item yang kita lelong serendah RM1; ada juga yang kita lelong RM50 untuk 2pcs, RM100 untuk 2pcs, RM100 untuk 3pcs, termasuklah RM100 untuk 5pcs pun ada! Memang lelong besar-besaran Wak buat kali ni.

Koleksi boleh mix & match, baju sekeluarga lelaki & perempuan, kanak2 pun ada. Klik terus ke @starvilion untuk info koleksi2 yang bakal kami lelong mulai esok ni. Malam nanti @starvilion upload catalog, jangan lupa tengok ok.

Paling penting! Jangan lupa rebut peluang 5,000 baju melayu Wak Doyok secara PERCUMA dengan setiap pembelian, tudung pun ada lebih 1,000 helai nak bagi percuma!

Semuanya hanya di SHUTDOWN SALE @starvilion, di seksyen 7, Shah Alam & secara online di @starvilion. STANDBY DI WEBSITE & DI BUTIK. KALAU LAMBAT TAKUT STOCK HABIS PULAK NANTI.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Wak Doyok (@wakdoyok) on

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.