Connect with us

Viral

Baju & Rumah Yang Sama Cuma Bezanya Ibu Sudah ‘Pergi’, Video Lelaki Ini Undang Sebak Ramai

Benar kata orang, rindu yang paling sakit dan dalam adalah rindu kepada orang yang telah pun pergi ke negara abadi. Walau bagaimana pahit, perlu ditelan dan menerima segala ketentuan ilahi.

Sama juga dengan kisah yang tular baru-baru ini dimana seorang lelaki meluahkan rasa rindunya terhadap arwah ibunya mencuri perhatian ramai.

Menerusi video yang dimuat naik oleh seorang pengguna TikTok iaitu @saddieprince36, dia membuat satu trend di TikTok dimana mengimbas kembali gambar lama.

Dapat kita lihat, pada awalnya mereka adik beradik hanya buat video berdua sahaja namun digabungkan video tersebut dengan satu gambar bersama arwah ibunya.

Difahamkan, dia sangat merindui arwah ibunya yang telahpun 3 tahun pergi meninggalkan mereka berdua. Baju yang sama, rumah yang sama namun situasi yang berbeza tanpa seorang insan yang bergelar ibu.

Tidak cukup dengan itu, lelaki ini juga mengakui bahawa dia merasakan dirinya tidak cukup menghargai ibunya itu ketika dia masih hidup dan ianya sangat membuatkannya rasa ralat.

“thank you so much guys for the prayers, im sorry i couldn’t reply one by one theres too many. Alhamdulillah ramai doakan utk ibu.. arwah mak meninggal pagi jumaat and sempat syahadah and la ilaha illallah’.”

“i don’t appreciate her when she was around and it still running through my head everytime” ujarnya lagi

Video yang tular di laman TikTok:

@saddieprince36 today genap 3years since our mother passed away. miss her so much, Alfatihah #fyp #pain #sad #fypシ #foryou #foryou @yournotsofriendlybarista ♬ homage – zaim

Ketika artikel ini ditulis, video tersebut telah meraih 396.5K tontonan, 60K tanda suka, 57 komen dan 264 perkongsian di platform TikTok.

Meninjau di ruangan komen, rata-rata warga netizen turut sebak melihat video tersebut malah ada juga yang turut berdepan dengan situasi yang sama dimana perlu menahan rindu pada insan yang sudah tiada buat selamanya.

Bukan itu sahaja, netizen juga mendoakan agar roh ibu kepada pemuda ini dicucuri rahmat dan ditempatkan dikalangan orang-orang yang beriman.

Berikut merupakan komen warga maya:


Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.